Terlepas entri yang lain? Jom baca entri ini..

Wednesday, July 4, 2012

Malam Nisfu Syaaban

...Assalamualaikum...

Malam Nisfu Syaaban

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
  • Memperbanyakkan puasa sunat
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
  • Bertaubat
Selesai sembahyang Maghrib hendaklah membaca Yasin dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan niat minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَـيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ، اَللَّهُمَّ يَا ذَاالمَنِّ وَلاَ يَمُنُّ عَلَيْهِ يَا ذَاالجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ، يَا ذَاالطَّوْلِ وَالإِنْعَامِ، لاَ اِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ ظَهْرَ اللاَّجِينَ وَجَارَ المُسْـتَجِيرِينَ وَمَأْمَنَ الخَائِفِينَ، اَللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ كَتَبْـتَنِي عِنْدَكَ فِى أُمِّ الكِتَابِ شَقِيًّا أَوْ مَحْرُومًا أَوْ مَطْرُودًا أَوْ مُقْـتَرًّا عَلَيَّ فِى الرِزْقِ فَامْحُ اللَّهُمَّ بِفَضْلِكَ شَقَاوَتِي وَحِرْمَانِي وَطَرْدِي وَاقْتِتَارِ رِزْقِي وَأَثْبِتْـنِي عِنْدَكَ فِى أُمِّ الكِتَابِ سَعِيدًا مَرْزُوقًا مُوَفِّقًا لِلْخَيْرَاتِ فَإِنَّكَ قُلْتَ وَقَوْلُكَ الحَقُّ المُنَزَّلُ عَلَى لِسَانِ نَبِيَّكَ المُرْسَلِ يَمْحُوا اللهُ مَا يَشَاءُ وَيُثَبِّتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الكِتَابِ اِلَهِي بِالتَّجَلِّى الأَعْظَمِ فِى لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ المُكَرَّمِ الَّتِى يُفْرَقُ فِيهَا كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ وَيُبْرَمُ، أَسْـأَلُكَ أَنْ تَكْشِفَ عَنَّا مِنَ البَلاَءِ مَا نَعْلَمُ وَمَا لاَ نَعْلَمُ وَمَا أَنَتَ بِهِ أَعْلَمُ إِنَّكَ الأَعَزُّ الأَكْرَمُ، وَصَلَّى اللهُ تَعَالَى سَـيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

Rujukan: Kitab al-Nafahat al-Nuraniyyah fi Fadhail al-Ayyam wa al-Layali wa al-Syuhur al-Qamariyah.

note: kalau eiqa tersalah, betulkan ye.. 

Monday, July 2, 2012

Makan dan makan..

...Assalamualaikum..

Hari sabtu memang adalah hari untuk makan..
adoyai.. macam mana nak kurus kalau macam nie..

petang tu mula-mula eiqa jumpa kawan lama eiqa..
dah 3 tahun tak jumpa.. last jumpa masa lepas SPM.. 
nama dia Fatin Nur Fatihah..


ok..eiqa tau eiqa bertambah tembam.. fatin cakap muka eiqa je tembam tapi badan maintain. 
kurus orang nya kawan rapat eiqa nie..
comey tak? dia single tau.. 
kalau ada yang berkenan, email eiqa ye.. huhu
rindu kat dia! eiqa tak ramai kawan masa sekolah..
sebab eiqa nie pendiam sampai orang cop eiqa sombong..
adoi..sebab tu la orang kata 'tak kenal, maka tak cinta'..
jangan menilai orang dari luaran.. dan jangan sesuka hati buat andaian sendiri..
tetiba lak cakap pasal nie.. haha..

lepas tu eiqa dan family pergi makan steamboat kat Bukit Beruntung..
murah tu..Pakcik eiqa belanja family eiqa.. sodap!  

 



sory ye eiqa tak pandai sangat nak edit gambar.. 
sapa pernah makan kat sini?
walaupun tak banyak pilihan, tapi berbaloi tau.. 
dewasa : RM15
kanak-kanak : RM7

murah kan.. saje jer promot.. tapi eiqa tak tahu pula alamat nya..
yang paling penting, surau disediakan.. bagus kan..
bagus pemilik dia nie..india muslim.. 
masa kami datang, dia pasang lagu nasyid..

note: memang makan banyak gila la masa nie.. hahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Copyright © 2012 and Designed by Eiqa Azra