Assalamualaikum
hai.. korang pernah dengar perkataan Radiografi tak?
mesti jarang dengar kan?
kalau Radioterapi? agak selalu dengarla..
sebab ada perkataan terapi..
eiqa nak bagi tau apa itu Radiografi dan Radioterapi..
Lagipon eiqa berada dalam bidang Radiografi..
so, kepada adik-adik yang tak tahu, sila la baca dibawah ye.. :)
Radiografi
Dikenali sebagai Pengimejan Diagnostik..
Penggunaan sinar X dengan tujuan mengesan kehadiran penyakit.
Orang yang bertugas dalam bidang ini dikenali Juru X-ray.
Juru X-ray adalah ahli pasukan perubatan professional yang menggunakan sinaran untuk tujuan pengesanan kehadiran penyakit atau rawatan.
tugas:
- Menghasilkan imej yang berkualiti bagi membantu pakar radiologi dalam pengesanan penyakit
- Mengendalikan pemeriksaan :
a. Pengimejan Resonan Magnet (MRI)
b. Ultrasonografi (US)
c. Pengimejan Radionuklid (NM)
d. Tomografi Berkomputer (CT)
e. Pengimejan Digital
- Melakukan prosedur pengimejan di dewan bedah, wad-wad, unit forensik, pusat kesihatan dan Jabatan Traumatologi dan Kecemasan
- Memberi jagaan berkualiti kepada pesakit
- Mengamalkan perlindungan sinaran
- Melaksanakan program kepastian kualiti (QA)
Radioterapi
Penggunaan sinar X (bertenaga tinggi) dan sinar gamma untuk memusnahkan sel-sel kanser.
tugas:
- Melakukan perancangan rawatan pancaran;
- Memberi rawatan pancaran;
- Menjaga keselamatan pesakit
- Menjaga kesihatan umum pesakit
- Menggunakan, mengendalikan serta menjaga kelengkapan dan peralatan radioterapi;
- Memberikan pendidikan kesihatan dan pengurusan rawatan kanser.
17 comments:
Ilmu yg bermakna..thanks share :D
:) sama-sama!
tak berapa faham sbb bkn bidang sis tp nice sharing ;)
huhu.. :)
thanks for the info..nk tumpang tanya..dlm radiografi ada subjek anatomi kan? adakah subjek anatomi itu memerlukan kita membedah mayat seperti pelajar medic? sebenarnya saya berminat dlm bidang ini..bagaimana dgn peluang kerjayanya? harap sudi menjawab soalan saya..tq..from aishah
to aishah: terima kasih kerana sudi membaca artikel eiqa..
subjek anatomi dalam radiografi tidak memerlukan kita membedah mayat. anatomi dalam radiografi menekankan struktur badan manusia dan spesifik kepada tulang. ia seakan sama seperti Biologi tetapi hanya belajar tentang badan manusia sahaja..
Peluang kerjaya yang utama adalah menjadi juru xray di semua hospital dan klinik. tetapi bidang radiografi nie luas bukan hanya menjadi juru xray sahaja. oleh kerana eiqa ditaja oleh hospital PPUM, so eiqa comfirm akan mendapat kerja di PPUM. Kalau bawah PTPTN, eiqa x berapa pasti.
ooo..ok..thanks ya..sekarang saya lebih berani nak masuk bidang ni..hehe
SalaM kak. Sy baru saja mndapat twaran PPUM dlm bidang radiografi dan akan ditemuduga tidak lama lagi. Boleh terang kan lebih terperinci tntang radiografi, soalan-soalan yg kerap ditanya semasa temuduga.
*atiqa :)
radiografi nie adalah prosedur untuk mengesan sebarang abnormaliti, patologi atau kecederaan dengan menggunakan sinar x.
owh.. adik dapat tawaran temuduga kos nie ye?
buat yang terbaik ye.
soalan yang selalu ditanya,
-kenapa nak masuk PPUM?
-apa nama pengarah PPUM?
-apa kelebihan anda, contoh boleh berkomunikasi dalam bahasa lain x?
-siapa yang cadangkan kos nie?
masa akak temuduga dulu, akak kene buat perbentangan dalam kumpulan. dan buat ujian personaliti utk tengok tahap minat pelajar dengan kos radiografi.
masa temuduga buat yang terbaik ye! kalau berkesempatan, jumpalah akak..hehe :)
tahun nie mungkin tahun last bakal student PPUM dapat elaun.. tahun depan mungkin guna PTPTN. so buat yang terbaik!!
Insyaallah. takut lah pulak nk interview nii. Hehe
Kalau yg pembentangn dlm kumpulan tuh macam mana ?
Masa akk intervw dulu, apa persediaan akk ?
akak masa mula2 dulu langsung xde persediaan.. huhu.. sebab akak xtau la akak minat ke x.. huhu..
tp jgn tiru akak..
tahun nie interview ketat sikit. sebab ramai yang mohon so ketat sikitla..
salam akak , saya dapat temuduga radiografi
nak tanya , temuduga tu dalam bahasa malayu ke ?
salam akak , saya dapat temuduga radiografi
nak tanya , temuduga tu dalam bahasa malayu ke ?
bahasa melayu.. tapi terpulang pada orang yang interview kita la..
salam..saya nak tanye skop bidang pekerjaan nii.nnt kan lepas tamat belajar ape kerja yg kite bleyh buat,,kite mmg akn kerje dkt spital kerr...
Assalamualaikum. ..kos ni sekurg-kurgn
ye nk pointer bape eak.?? Mmg kene ambik fizik ke??
Assalamualaikum. .kos ni sekurg-kurgnye nk pointer bape eak?? Mmg perlu ambik fizik ke??
Post a Comment