....Assalamualaikum...
Susuk (Charm needles) itu apa?
- Susuk merujuk kepada memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan. Pelbagai bahan boleh digunakan, bergantung kepada apakah keinginan pengguna. Diantara kebaikan yang kononnya boleh didapati dengan memakai susuk adalah muka sentiasa dipandang manis, tidak berusia, kebal dsb.
- Susuk yang dipakai dikatakan boleh dikesan melalui perubatan moden, contohnya melalui sinar-X.
- Pemakaian susuk memberikan khayalan palsu kepada pemakainya. Beliau merasa masih muda, cantik dan kuat. Penggunaan susuk itu mujarab disebabkan bantuan jin dan syaitan yang memberi gambaran palsu kepada orang yang melihatnya. Pengamal susuk menjadi hodoh, tua, lemah dan tidak sekuat dulu apabila susuknya dibuang.
Apa jenis-jenis susuk?
- Logam
- Susuk Emas
- Susuk Perak
- Susuk Besi
- Susuk Raksa
- Galian
- Susuk Berlian
- Organik
- Susuk Susu
Antara makanan yang menjadi pantang pemakai susuk (bergantung kepada jenis susuk).
- Labu air
- Pisang tanduk
- Daun kelor
- Sate
- Melalui bawah penyidaian
- Melalui di bawah tangga atau rumah
Keburukan pemakaian susuk.
- Pemakai susuk terpaksa mematuhi pantang-larang tertentu. Sekiranya terlanggar pantang-larang, susuk itu akan keluar dengan sendirinya dan menjadi tawar.
- Susuk ini terpaksa dibuang, sebaiknya oleh dukun yang memakaikan susuk itu, ataupun melalui cara yang diajari. Sekiranya dukun tersebut telah mati atau cara membuang susuk tidak dipelajari, pemakai susuk ini sukar hendak mati.
- Jika si pemakai susuk melanggar pantang larang, maka susuk yang dipakainya boleh juga menjadi racun kepadanya.
- Susuk HARAM dipakai terutamanya bagi yang beragama ISLAM, kerana susuk adalah sejenis ilmu hitam yang menyesatkan dan murtad pada sesiapa yang melakukannya.
Note: Muslimin dan muslimat wajib menjauhi pemakaian susuk walau apapun alasan dan bentuk susuk tersebut. Kita wajib menghindarinya kerana ianya membawa akibat yang buruk terutama di akhir usia dan azab di akhirat yang dahsyat kerana syirik kepada Allah s.w.t.
7 comments:
Nauzubillah,tak mau pakai susuk
huhu..tak mau la pakai susuk,seksa..huhu
kalau xsilap lalu jambatan pun xboleh kan? i mean lalu tempat yg bawahnya ada air.
thanks eiqa atas infonya.. baru ckj tau.. selama ni juz dengar2 je fsal ni..
*p/s : eiqa ckj nak tanya ni.. huhu.. macam mana nakbuat body contant melengkung macam ieqa punya ea? ckj buat, dia akan ada frame sampai header. huhu..
eiqa tempah kat orang lain buat blog eiqa.. huhu.. eiqa pon x reti sgt..
ap perbezaan suma susuk ?
cth : prbezaan antara susuk susu, susuk emas, susuk perak dan susuk besi dan susuk raksa ? harap anda buleh membantu :)
ap perbezaan antara setiap susuk dr segi penggunaan bahan ? harap anda dpadd membantu secepadd yg mungkin. terimakaseh :)
Post a Comment