Terlepas entri yang lain? Jom baca entri ini..

Saturday, February 19, 2011

cinta tu ape??

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, 
dua tangan untuk memegang, 
dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. 
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?
 Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang 
untuk kita mencarinya. 
Itulah Cinta …

Jika kita mencintai seseorang,
 kita akan senantiasa mendo’akannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal
 jika kamu masih mahu mencuba.
 Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. 
Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi,
 jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, 
walaupun mereka telah dikecewakan. 
Kepada mereka yang masih percaya, 
walaupun mereka telah dikhianati.
 Kepada mereka yang masih ingin mencintai, 
walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan 
Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan
 keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, 
debu menjadi emas,
 keruh menjadi hening, 
sakit menjadi sembuh, 
penjara menjadi telaga,
 derita menjadi nikmat dan
 kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, 
tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan 
kamu tidak pernah memiliki keberanian 
untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, 
sehingga kamu kehilangannya.
 Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi.
 Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. 
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, 
kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.


Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, 
membangkitkan yang mati dan 
meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin.
Inilah dahsyatnya cinta.


Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan.
 Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya.

Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. 
Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan
 jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut
 tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci 
jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah,
 untuk dicintai juga memang mudah.
 Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

hujan ribut

smalam hujan mmg lebat....angin kencang...ribut...
rasa mcm hostel aku 2 bergoyang2 jer....
takut gler smalam...
pokok besar dpn hostel aku pon bleh tumbang...
2 kete kene hempap..

baca berita di bawah....
tempat nie berlaku kat tmpt aku...
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)..


Dua nyaris dihempap pokok


ALIH...anggota bomba mengalihkan pokok tumbang di laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan, malam tadi.
ALIH...anggota bomba mengalihkan pokok tumbang di laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan, malam tadi.



PETALING JAYA: Dua lelaki bermotosikal nyaris maut apabila motosikal yang dinaiki mereka dihempap pokok besar dalam kejadian ribut di susur keluar Jalan Gasing berdekatan Lebuhraya Persekutuan, di sini, petang semalam.
Nasib menyebelahi mereka apabila sempat mengelak dan hanya dihempap ranting kecil pokok berkenaan sebelum orang ramai menghantar mereka ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, angin kencang menyebabkan beberapa pokok dan papan tanda sekitar Seksyen 5 dan kawasan berdekatan termasuk di dalam kawasan Universiti Malaya tumbang dan menghalang laluan.

Saksi kejadian, pekerja stesen minyak Bustani Abdullah, 32, berkata ketika itu dia berada di tempat kerjanya sebelum angin kuat menerbangkan kanopi bengkel di belakang stesen itu ke atas jalan sebelum menghempap kereta di situ.

Katanya, hujan tidak lebat, tetapi angin bertiup kencang sebelum menerbangkan kanopi serta beberapa lagi barangan di belakang premisnya itu.



“Ia berlaku hampir 15 minit dan saya melarikan diri ke dalam stesen minyak bersama beberapa lagi rakan saya.

“Saya lihat keadaan agak kucar-kacir dengan bunyi pokok tumbang dan orang melarikan diri di luar stesen minyak,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, dalam kejadian berkenaan, angin kencang menumbangkan beberapa pokok besar dan papan tanda di sekitar kawasan berkenaan. “Beberapa pokok juga tumbang dan menghempap kabel telefon di jalan berkenaan, namun ketika kejadian bekalan elektrik tidak terputus,” katanya.
BANJIR...beberapa kenderaan meredah banjir di Jalan Universiti.
Katanya, selepas setengah jam kawasan berkenaan kembali tenang dengan anggota bomba dan penyelamat serta beberapa kakitangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya membantu mengalihkan pokok dan papan tanda yang tumbang.

Tinjauan Harian Metro di lokasi berkenaan mendapati kawasan paling terjejas teruk ialah berdekatan PPUM dan Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, di sini.

Beberapa kereta mewah di bilik pameran kereta di hadapan PPUM di sini juga rosak teruk selepas dihempap pokok.

Papan tanda jalan berlampu di susur masuk dan keluar ke Lebuhraya Persekutuan, di sini, roboh menutup jalan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed ketika dihubungi berkata, polis menerima laporan beberapa rumah serta kereta rosak teruk akibat dihempap pokok.

Katanya, polis menerima banyak laporan, tapi masih mengumpul semua laporan bagi menentukan jumlah kerosakan serta kerugian akibat kejadian ribut berkenaan.


Thursday, February 10, 2011

asam garam suami isteri

saat awal pernikahan....

suami : akhirnya inilah saat yg aku tunggu sekian lama
isteri  : apakah kau rela kalau aku pergi?
suami : tentu tidak! jangan sesekali kau berfikiran begitu!
isteri  : apakah kau mencintaiku?
suami : tentu! selamanya akan tetap begitu!
isteri  : apakah kau pernah berlaku curang?
suami : tidak! aku xkan melakukan hal seburuk itu!
isteri  : mahukah kau mencium dahiku?
suami : ya!
isteri  : sayangku....!

sesudah 5 tahun berkahwin....
anda baca dari bawah ke atas pula.... : )
create by,
ctrie

Wednesday, February 9, 2011

Disebalik (FB)

  • Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008?
  •  Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.
  •  Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County , New York ? 
  • Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? 
  • Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya? 


  • Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama? 
  • Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? 
  • Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.
  •  Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?






so, terpulang pd korg la utk menilai ini semua...



Tuesday, February 8, 2011

FAKTA Bahaya merokok!!!




pesanan kepada mereka yg gemar merokok...


 bara api rokok ketika disedut bleh mencecah hingga 260 darjah celcius, sdgkn suhu didih cuma 100 darjah celcius.

Kesan-kesan buruk dikaitkan dengan merokok adalah

  1. Barah paru-paru
  2. Kelelahan akibat COAD dan emphysema
  3. Sakit jantung iskaemia
  4. Kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases
  5. Kanser pundi kencing
  6. Air mani tidak normal
  7. Lemah ingatan
  8. Jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan
  9. Meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung
  10. Risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil
  11. Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat

disediakan oleh,
             ctrie

Thursday, February 3, 2011

Maher Zain - For The Rest Of My Life Lyrics

I praise Allah for sending me you my love

You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know




You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say




Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever II`ll be there for you



I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say




*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally



Repeat Chorus
I know that deep in my heart..
create by,
ctrie

jauhi org ketiga dlm percintaan..

org ke3 dlm percintaan wujud tanpa disedari..
kadang2 mereka wujud dlm diam tanpa kedua pihak menyedarinya.
org seperti ini hanya bermuka manis..
mereka hanya bermain kata2.. 
utk musnahkan pihak lawan nya..
dgn berbekalkan kata2 palsu, ia mampu menghancurkan 1 hubungan..
betapa dahsyatnya..


jgn terpedaya dgn org seperti ini..
kadang2 kwn pun bleh jd org ke3..
jgn ingat kwn itu semua baik..
mereka baik dgn kita mungkin ader niat yg tertentu..
niat yg 'sgt baek'..

1st step dorg hanya menawarkan pertolongan utk menjernihkan hubungan..
2nd step dorg mula bercerita ttg keburukan partner pasangan tersebut..
3rd step dorg mula bermulut manis utk menjayakan plan dorg..
4th step....plan hasad dengki dorg berjaya!!


oleh itu,
jgn mudah terpedaya...
cbe bangkitkan kepercayaan kpd pasangan..
jauhi org2 yg dengki pd kita..
jgn percyekn org laen..

disediakan oleh,
ctrie



Wednesday, February 2, 2011

mak....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Copyright © 2012 and Designed by Eiqa Azra