Terlepas entri yang lain? Jom baca entri ini..

Wednesday, October 24, 2012

Shin Bi - wonderful life (korea)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


pernah tengok cerita wonderful life (2005) tak??  ala.. yang cerita drama korea tu..
mesti korang tertarik dengan watak Shin Bi dalam cerita tu kan.. sangat comel ye... 


  • Nama: 정다빈 / Jung Da Bin (Jeong Da Bin)
  • Profession: pelakon dan model
  • tarikh lahir: 2000-Apr-25
  • Bintang: Taurus 
dah besar dia nie.. masa dia berlakon wonderful life tu, umur dia baru je 5 tahun..
 sangat comel dan muka dia lebih kurang je macam muka mak dia dalam cerita wonderful life.
nie sikit je gambar.. kalau nak banyak, cari lah kat google ye.. 

     
 

Monday, October 22, 2012

Manusia bila dah tamak duit..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Ada sapa-sapa yang tak suka duit?? aha..tipu lah kalau orang cakap tak suka duit..  sekarang ni kat dunia semuanya kena guna duit. bahkan, nak masuk toilet pon yang paling mahal kena bayar RM3.. huh..
sebab tu lah terdapatnya manusia yang tamak dengan duit.. seolah-olah ada kuasa magnet dengan duit.. segala-galanya kerana duit.. kenapa eiqa kata macam tu? nak tahu sebab apa? kerana duit, harta dan keuntungan boleh terjadinya pergaduhan seterusnya mencetuskan peperangan. kawan dengan kawan pun boleh bergaduh sebab duit tau..


ada seseorang yang eiqa kenal, dia orang yang berpengaruh lah juga (pekerjaan dan nama dirahsiakan) keluarkan modal untuk membuka 1 kedai mini dalam suatu acara (dirahsiakan), kawan-kawan eiqa semua bertungkus lumus menolong nya (sebenarnya dia yang minta tolong).. dia hanya mengeluarkan duit tetapi benda yang hemdak dijual tersebut, kawan eiqa yang bersusah payah tolong cari. Dengar cerita, dia seboleh-boleh nya hendak melakukan sendiri kerja tersebut (sebab nak untung sendiri la..tapi bukannya buat banyak kerja pon). sehari selepas acara tersebut, kawan eiqa menyerahkan duit hasil jualan kepada dia.. (dia untung banyak ok!) dia hanya memberikan RM__ (dirahsiakan tetapi jumlah sangat sikit) kepada kawan eiqa yang sorang je sebab dia adalah ketua.. dia pesan, *"suka hati kamu lah sama ada nak kongsi duit itu dengan kawan yang lain atau tak sebab kawan kamu yang lain tu tolong main-main je.." kawan eiqa yang tolong tu ada lah dalam 7 orang.

kalau korang baca kat atas nie, apa pendapat korang? ok..kawan-kawan eiqa tu tak mengharapkan upah atau balasan.. sekurang-kurangnya tak payah lah cakap macam tu (dialog yang terakhir *)  dah lah dia langsung tak ucapkan TERIMA KASIH kepada kawan-kawan eiqa yang banyak membantu.. ok.. jangan salah anggap kenapa eiqa post pasal nie kat blog.. bukan untuk memburuk-burukkan orang ye.. walaupon eiqa tak terlibat dalam hal ni, tapi sebagai kawan, eiqa geram.. kenapa dia perlu buat macam tu..sangat teruk!! langsung tak menghargai pertolongan mereka (padahal dia yang minta tolong).. kesimpulan yang eiqa buat sendiri (bukan orang lain yang cakap), dia tu tamak!!

Note: kalau korang berada di tempat kawan eiqa (yang 7 orang tu) apa yang korang lakukan?? disebabkan dia tu seorang yang berpengaruh, so kami tiada hak untuk bersuara.. itulah perbezaan pangkat dan darjat.. orang bawah langsung tak boleh tegur orang atasan..

Sunday, October 21, 2012

Artis korea Wanita tanpa Make up (13 gambar)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

kaum wanita bila keluar rumah je mesti akan amalkan pemakaian make up.. 
kenapa? mestilah untuk kelihatan cantik.. cantik tu kan khas untuk kaum wanita.. 
sampaikan kita dah tak boleh nak cam muka orang tu bila tak make up.. huhu.
Di korea, pemakaian make up ni memang famous.. lebih-lebih tang mata tu.. kalau tak de eyeliner, mesti tak dapat cam langsung.. jom tengok gambar artis korea tanpa make up.. 

1. Min, anggota Miss A



2. Nana ‘After School’



3. CL, anggota 2NE1

 


4. Jiyeon, anggota T-ara

 


5. Hara ‘KARA’



6. Song Hye Kyo


 
 7. Ga In ‘Brown Eyed Girls’



8. Sunye atau Sun, anggota Wonder Girls

 


9. Jessica ‘SNSD’

 


10. Bom, anggota 2NE1



 11. Sohee, anggota Wonder Girls



12. Sang putri dalam Princess Hours, Yoon Eun Hye

 


13. Sandara, anggota 2NE1 



note: make up atau tak, mereka tetap cantik.. cuma perbezaan je sebelum dan selepas..
kredit to: google

Thursday, October 18, 2012

Sangat Terharu dengan gambar ni..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tadi terjumpa pasal ni masa tengah merayau kat google..

gambar 1 dan gambar 2 : ibubapa kepada bayi ni mencium dan mengucapkan selamat tinggal.

 gambar 3 : bayangkan.. kenapa staf medical tersebut memberi tunduk hormat kepada bayi ni.

Disebabkan oleh bayi ni, dua kanak-kanak di wad sebelah telah diselamatkan oleh buah pinggang (kidney) dan hati (liver) daripada bayi ini...


Speechless moment


Sunday, October 14, 2012

Perlukan link blog untuk bloglist eiqa..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


 eiqa nak letak lagi satu bloglist.. tapi tak tahu nak letak link blog sapa..
kalau boleh blogger yang aktif la..
eh...tak payah buat entri macam segmen la.. 
korang just letak link blog korang kat komen eiqa ni je..
senang kan??

semudah A B C..hehe kalau nak exchange bloglist pon tak kesah..
ada faham?

ok lah eiqa ulang lagi sekali..
korang kena letak link blog korang kat kotak komen eiqa..
sehingga 15/10/2012 jam 12.00 malam..

 
 ehem..gambar nie jangan pedulikan ye.hehe. gambar hiasan.

Saturday, October 13, 2012

9 Jenis Anak Syaitan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



1. Zalituun :
- Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. 
Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin :
- Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan : 
- Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf : 
- Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat 
(cth: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah : 
- Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. 
Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour.

6. Masuud : 
- Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit 
yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim :  
(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
- Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar
berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri
hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga).

8. Walahaan : 
- Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan 
menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus : 
- Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari. 

Dan ada tambahan satu lagi..............

*10. Isetan. { syaitan paling popular dimasa ni }
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi terdapat di sekitar Lembah klang, singapore, Beijing & banyak tempat lg..hehe
 

kredit: tidak diketahui sumber..

Saturday, October 6, 2012

SEGMEN LYSSA FAIZUREEN | Kenapa Aku Berblog ?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


tadi eiqa buka blog, nampak kat bloglist eiqa ada segmen dari lyssa..
sebenarnya dah lama tunggu segmen dari lyssa..
selalu mesti eiqa tak sempat join kalau lyssa buat segmen..huhu..
jom la join sekali.. klik je banner atas ni..

kenapa eiqa berblog?
sebelum ni eiqa tak tahu pon blog nie apa.. bila eiqa nampak kawan eiqa update blog, eiqa rasa macam best.. sebab ia macam ruangan kita sendiri. kita boleh hias sesuka hati dan mencantikkan atau mencomelkan.huhu.. so kawan eiqa pon ajar eiqa.. eiqa suka update perkara yang eiqa suka atau pon syok sendiri.. taip je sesuka hati kat blog..haha.. blog eiqa ni banyak eiqa luahkan pendapat atau perkara yang berlaku disekeliling.. ye la.. kalau eiqa asyik update pasal diri eiqa je, nanti tak de orang nak datang..hehe.. bila buka blog, eiqa suka jalan-jalan ke blog blogger yang lain.. inspirasi eiqa dalam berblogging ni mestilah blogger-blogger yang dah berjaya macam cik epal, fatin liyana, Ben ashaari dan banyak lagi.. walaupon blog dorang simple tapi padat dengan isi.. sebab tu dorang ada peminat sendiri.. eiqa nak jadi macam tu tapi angan-angan mat jenin je.. hehe. 


Tuesday, October 2, 2012

Fenomena Halo pada matahari

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

pic kredit to me.. hehe


 Korang nampak tak kesan halo tengah hari tadi? cantik sangat.. 
gambar atas ni eiqa ambik masa tengah hari tadi.. 2.10.2012
walaupon perkara nie pernah terjadi, ni kali pertama eiqa tengok real.. tu yang batak sikit tu..
  korang tau tak Halo tu apa?

Fenomena Halo
 Halo merupakan fenomena semulajadi yang berupa lingkaran cahaya di sekitar matahari atau bulan yang kadang kala boleh berlaku pada sumber cahaya lain seperti lampu jalan.
Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), terdapat pelbagai jenis Halo secara umumnya muncul disebabkan kristal ais pada awan cirrus sejuk yang berada pada ketinggian lima hingga 10 kilometer di lapisan atas troposfera.
Ia bergantung pada bentuk dan arah kristal ais, cahaya matahari yang dipantul dan dibiaskan oleh permukaan ais berbentuk prisma sehingga sinaran matahari terpecah kepada beberapa warna kerana kesan sebaran udara dan dipantulkan ke arah tertentu, sama seperti kejadian pelangi.

orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati apabila melihat atau merakamkan gambar Halo secara telus tanpa penurus matahari kerana ia memberi kesan yang merbahaya kepada mata.
 
 
gambar nie eiqa ambik di PPUM..

 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Copyright © 2012 and Designed by Eiqa Azra