Terlepas entri yang lain? Jom baca entri ini..

Saturday, December 21, 2013

JODOH ITU RAHSIA ALLAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Jodoh pertemuan adalah rahsia ALLAH.

  • Selama mana kita menunggu, sekuat mana kita setia, sehebat mana kita merancang, seteguh mana kita bersabar, jika ALLAH telah tetapkan jodoh kita dengan dia, kita tetap akan bersama nya. 
  • Tetapi jika takdir ALLAH sebaliknya, maka kita tetap tidak akan bersama dengan nya kerana jodoh pertemuan itu adalah rahsia ALLAH. 
  • Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang dan sebaik-baik rancangan adalah daripada ALLAH..

note: Berserah dan terima takdir ALLAH andai dia bukan JODOHku.. mungkin orang akan fikir menjalinkan hubungan bertahun-tahun akan bersama akhirnya.. tapi kita hanya merancang dan tuhan yang menentukannya.. hanya mampu berdoa..


 


XOXO,
eiqaazra♥

Wednesday, August 28, 2013

Join 8share!! Jom buat duit!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


apa itu 8share??  sebenarnya 8share ni dulu SAYS.. eiqa baru tau asal ni sebab ramai blogger yang dah berjaya dengan 8share nie.. dan dengan gembiranya eiqa dah join 8share!! kalo sebelum ni nuffnang, eiqa pernah cash out sekali je.. sebab blog eiqa ni slow dan tak ramai yang datang..huhu.. sekarang tak de blog pun leh dapat duit dengan Facebook!!

Berbaloi gila tau kalau join 8Share ni!! eiqa baru je join dah dapat RM 1.40.. haha.. kalo sebulan dah berapa? cuba korg bayangkan..... lalalalala...

senang je nak join.. tekan ni >>>> 8Share

  • Tekan SIGN UP
  • CREATE MY ACCOUNT.. 
  • KLIK 3MIN TOUR 
  • isi form SPECIAL PREFERENCES...dan SAVE
  • bila dah save, keluarlah iklan untuk di share.. korg share la dengan FACEBOOK atau TWITTER.. 
  • setiap per klik korg akan dapat RM 0.20.. 

senang je kan?? 
selamat mencuba!!!



Saturday, August 24, 2013

Kenapa gadget follower eiqa rosak?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Eiqa nak minta tolong kat korang boleh tak?
kenapa gadget follower eiqa rosak ye??
dah tak tau nak buat mcm mana lagi.. tengok gambar bawah ni..

korang pernah tak jadi macam ni?? 
tolong lah ye.. hmm..
kalau ada sapa2 tau, facebook eiqa k..

https://www.facebook.com/EiqaAzra


XOXO,
eiqaazra♥

Tuesday, August 20, 2013

selamat hari raya..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

rasanya xterlambat lg eiqa nak ucapkan selamat hari raya kepada semua!!! 
lama rasanya eiqa tak post entri.. huhu 

dan selamat memulakan persekolahan juga kepada blogger yg masih bersekolah.. 
 

XOXO,
eiqaazra♥

Wednesday, June 19, 2013

Batch 20 Kolej Radiografi, PPUM dalam kenangan!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 


 Secara rasmi, eiqa telah tamat pengajian!!! yeayy!!
dah seminggu dah kat rumah tapi baru hari ni nak update blog..
selama 3 tahun bersama-sama rakan menuntut ilmu,
akhirnya kami sama-sama telah berjaya menamatkan pengajian kami!!

Disini, eiqa ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga Kolej Radiografi, PPUM terutama para pengajar kerana mendidik kami yang degil nie sehingga berjaya!! hehe.. Kami akan rindu semua pengajar!!

baru je seminggu duduk rumah, dah rindu kat kawan-kawan.. haha.. yela selalunya, keluar bilik je jumpa kawan, borak-borak, gelak-gelak sampai tak ingat dunia.. bestnya saat tu.. RINDU SAAT MANIS ITU!!
harap-harap bila kerja nanti, semua tak sombong..huhu..

sekarang nie hanya tunggu masa untuk panggilan kerja daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). nampaknya kenalah bersedia untuk bekerja walaupun mood bekerja tak de lagi..haha

dinner tahun 2..



 

 
duduk: nurul ad'dniyah, tengah: eiqa, berdiri: praba
mereka adalah kesayangan eiqa!!! love u!!



add, eiqa, hasima (ex-roomate)

 

RINDU KAMU SEMUA!!


XOXO,
eiqaazra♥

Saturday, May 25, 2013

Parody BOBO dibawa ke sekolah??

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

cakap pasal bobo, mesti korang kenal kan?
yang femes sebab parody lagu sayang tu...



ni ha.. sekarang ni femes kat blog, youtube, twitter dan FB pasal dia ni dijemput ke sebuah sekolah..
dan kebetulan sekolah tu sekolah adik eiqa.. opppsss..
SMK Subang Bestari..memang dekat sangat la dengan rumah.. adooiiiii...
sekelip mata je sekolah tu femes..

bukan femes sebab apa.. femes sebab kena kutuk je..
sampaikan adik eiqa pun malu.

kenapa cikgu menggunakan cara ini untuk hiburan??
ni bagi pengaruh yang tak sihat kat budak-budak sekolah..
kalau la eiqa ni ibu bapa kepada budak sekolah tu, eiqa malu sebab anak didedahkan dengan benda ni.
kesian adik eiqa..hahaha...

entri ni bukan untuk mengutuk bobo, tapi untuk menegur kesilapan guru kerana mencampurkan hiburan (yang tak sepatutnya) dengan suasana sekolah..


ni antara komen di youtube..




andai terasa hati dengan entri ni, inform eiqa secepat mungkin dan entri ni akan didelete.. =)

Tamat pengajian 2013..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

wahh..lamanya tak update blog (ayat yg selalu digunakan)..
bukan nya taknak..xde masa la dan bulan 6 ni penting sebab exam akhir.. huh.
ketakutan... 

pengajian belum tamat lagi.. baru nak menempuh exam yang terakhir.. 
korang tolong la doakan yang terbaik untuk eiqa ye.. 
ramai kawan kawan eiqa yang tamat pengajian tahun ni.. 
yea!! no more exam!! haha... 

tapi yang datang zaman pekerjaan pula..huhu.
 wish me gud luck.. syok sendiri pula.. 

kepada korang yang dah tamat pengajian, 
tahniah!! dan selamat menempuh alam pekerjaan.. 

 

XOXO,
eiqaazra♥

Sunday, April 28, 2013

Fenomena Sindrom Gwiyomi (comel)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Sekarang ni mesti korang asyik dengar perkataan gwiyomi kan..
sekarang ni banyak sangat musim. kalau sebelum ni musim kpop, gangnam style dan sekarang gwiyomi pula..ramai pula orang yang buat gaya gwiyomi dan sememangnya cute!! 
bagi sesiapa yang tak tahu apa itu gwiyomi, baca bawah ni, 
 
Gwiyomi bermaksud comel. Lagu Gwiyomi pada mulanya berasal dari band K-Pop iaitu kumpulan BtoB (Born To Beat). Tajuk asal lagu itu ialah Gwiyomi Player atau bermaksud pemain comel. Namun kehadiran artis indi negara itu, Hari menaikkan nama lagu berkenaan, seterusnya mencetus fenomena di beberapa negara seperti Thailand, Filipina, Singapura dan Malaysia.

sampaikan artis pun buat gaya nie dan mereka memang comel!!! antaranya nora danish, wawa zainal, nazim dan elfira loy..




 

Saturday, April 20, 2013

Susah nak jumpa orang yang pandai menjaga rahsia.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



dah baca? selalu tak perkara macam ni terjadi?? kenapa mereka tidak boleh menyimpan rahsia? 
kalau lah kawan korang tu yang warna pink (dalam gambar), habislah korang.. tak dapek den nak nolong.. (sleng orang ngori). kadang-kadang kan orang yang selama ni kita percaya, boleh buat macam ni kat kita tau tapi tak semua kawan macam tu. kawan-kawan eiqa sekarang ni pun kebanyakannya boleh dipercayai..mereka pun baik dengan eiqa. tapi mengikut kajian, tak dapat dipastikan sebab yang tepat kenapa mereka tidak boleh menyimpan rahsia.

antara sebab-sebab nya adalah dengki, tidak mempunyai cerita lain, dan rahsia tu meletop gila.

Dengki:

perasaan dengki tu sama la dengan jeles. tak boleh tengok orang lain lebih daripada diri dia. kalo orang tu kaya, dia pun nak kaya juga. kalo orang tu glamour, dia pun nak lebih glamour juga. bila dia tau rahsia minah yang dia dengki tu, lagi lah dia suka. dia jadikan rahsia tu macam bahan loncatan untuk mencapai impian. lalu, dia pun ceritalah pada orang lain mengenai rahsia minah tersebut.

Tidak mempunyai cerita lain:

kalau sebab yang ni, selalu juga rasanya berlaku. bila satu kumpulan ni berjumpa dan bergossip, mulalah rancak bersembang. tapi ada satu masa akan terdiam..haha betol tak?? bila dah terdiam, maksudnya dah tak tau nak cakap apa. hal ni la kadang-kadang menyebabkan rahsia orang lain terbocor.. contohnya: "eh..korang tau x pasal minah ni........dia kan... ooppsss..tercakap pula.. xde papelah"
lepas tu, yang member lain tu akan cakap, "ala..cerita jela..kitorang tak kan bg tau sesiapa..."

Rahsia tu meletop gila:

bila seseorang ni tau satu rahsia yang tengah meletop, mesti dia tak sabar-sabar nak beritahu pada orang lain. dia rasakan apabila dia beritahu pada orang lain, dia dapat menarik perhatian orang. jadi, semua perhatian tertumpu pada dia seorang. contohnya:
"eh..aku dah kapel dengan mamat hot kat sekolah kita..tapi ko jangan beritahu orang lain ye.."
"ok..ok.. aku tak beritahu orang lain..." tapi dalam hati, 'kalau aku beritahu dorang, mesti cerita ni hot! so dorang mesti cari aku untuk tahu cerita seterusnya'

 Note: entri ni eiqa taip berdasarkan pengalaman selama beratus tahun nie..errrr..
tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.
entri adalah original.

XOXO,
eiqaazra♥

Saturday, March 23, 2013

MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dah lama eiqa tak join segmen atau giveaway.. tadi buka je blog, terpikat pula nak join GA yang dianjurkan oleh mak dara. korang kenal tak blogger yang famous amous tu.. GA ni disponsor oleh 30 penaja dan hadiah dia banyak tau. ada 58 hadiah yang sedang menanti para blogger.. best nya!! eiqa harap eiqa pon dapat juga salah satu dari hadiah tu.. *perasan je lebih.. huhu. korang pon join lah sekali. kalau nak join, klik je banner di atas ye.. 


 Di atas ni adalah senarai para penaja GA mak dara..

tag;

Sunday, February 17, 2013

Cabut gigi?? Perkara yang paling ngeri!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

521643_527466967284536_2085424988_n_large

Hari rabu ari tu (13.2.2013) eiqa pergi cabut gigi.. tapi bukan cabut biasa..huhu
huh.. last eiqa cabut gigi adalah masa eiqa darjah 2. maksudnya dah 12 tahun tak cabut.. errrr..
masa tunggu giliran, punyalah takut.. tapi muka konon konon relax je la..haha orang kata,
cabut gigi adalah salah satu pengalaman yang ngeri..
nak je eiqa cakap kat doktor, "doktor, boleh tak bagi saya ubat pengsan?" hehe

mula-mula masuk bilik tu, nampak la nurse sediakan jarum suntikan ubat kebas.. wow punyalah panjang.. ehemm..nurse, takde yang panjang lagi ke?? perkara yang paling sakit adalah sebelum dan selepas cabut gigi.. sebelum tu, kene suntik ubat kebas.. kalau gigi atas lagilah sakit!! sebab gusi kita dekat dengan tulang..  betul tak?? kebetulan!! eiqa kene cabut gigi atas dan bawah!!

Tumblr_mcguhclw2o1rofblto1_500_large

lepas mulut dah kebas, doktor mulakan operasi mengorek harta karun..haha..
dia korek-korek gigi eiqa sampaikan berbunyi kreuk kreuk kreuk..
masa inilah saat yang ngeri walaupun tak rasa sakit..
masa tu eiqa bayangkan doktor tu nak patah-patahkan tulang muka eiqa nie..
lebih-lebih lagi bila tengok muka doktor yang bersungguh-sungguh mengorek harta karun..
sebab tu eiqa tutup mata je..haha.. 

tapi sekejap je dan gigi berjaya dikeluarkan.. ubat kebas tu bertahan selama beberapa jam je.. bila abis je kesan ubat tu terus kepala macam nak tercabut.. bila nak baring, rasa macam nak cabut kepala dan letak kat sebelah..untung lah kalau boleh buat macam tu..

Doktor kata, orang selalu anggap cabut gigi ni perkara yang paling ngeri.. sebab kita sedar dan tengok apa yang doktor lakukan.. tapi sebenarnya biasa je dan sakit tu normal lah.. (tp bagi eiqa, memang ngeri sebab kali pertama selepas 12 tahun berlalu..hehe)
so korang ada yang nak cabut gigi tak??

XOXO,
eiqaazra♥

10 Tanda Wajib Kahwin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 



1. Sunyi di hati walaupun dikelilingi ramai orang.


"Dan kahwinkanlah orang yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya; dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Surah an-Nur : 32)

Perasaan sunyi dan sayu merupakan sindrom paling kerap menimpa manusia yang kosong hatinya daripada mengingati Allah. Kesunyian ini bermaksud hati terasa kosong dan wujud perasaan sepi sehingga boleh membawa kepada penderitaan, kepiluan serta kesedihan. Usahkan diri mereka yang mengalaminya, orang yang melihat juga akan berasa kesedihan tersebut.

Apabila seseorang itu berasa sunyi sekalipun terdapat ramai orang di sampingnya, maka itu adalah tanda pertama bahawa dia sudah sampai waktu untuk berkahwin. Kawan yang ramai bergelak ketawa tetapi jenaka dan lelucon itu tetap tidak dapat mengubat kekosongan di hati. Ini lantaran wujud ruangan vakum yang perlu diisi oleh seseorang yang dipanggil sebagai 'buah hati'. Apabila didatangi perasaan sunyi yang pelik ini, maka ketahuilah bahawa perkahwinan itu sudah diwajibkan bagi mencegah kejadian dan penyakit lebih berat.

Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua." - Hadith sahih riwayat Ahmad, an-Nasa'i, at-Tirmizi, Ibn Hibban dan lain-lain.

Apabila berseorangan, manusia itu mudah terdedah kepada pelbagai godaan, pemikiran tidak tangkas, akal lemah dan mudah terperangkap oleh tipu daya syaitan. Maka ketika itu, berkahwin sudah menjadi wajib bagi menyelamatkan kehidupan. Ini kerana syaitan sentiasa mendorong manusia untuk berbuat mungkar sehingga mereka terjerumus ke dalam jurang maksiat.

2. Kehidupan yang tidak terurus.

Kehidupan sepatutnya menjadi medan untuk beramal soleh dan menunaikan kewajipan serta perintah ALLAH dengan mengikuti lunas-lunas Islam. Kehidupan memberi kita satu peluang mengumpul sebanyak mungkin pahala bagi mendapatkan ganjaran syurga. Malangnya, bagi sesetengah orang, kehidupan mereka tidak terurus. Ia boleh dilihat ketika menziarahi rumah mereka. Keadaannya bersepah, tidak kemas, makan serta pakai mereka tidak teratur sehingga mengundang pelbagai masalah sampingan. Justeru orang seperti ini perlu dikahwinkan.Perkahwinanlah yang akan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab serta berkeyakinan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik dan juga bersistematik.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Sebaik-baik wanita yang menunggang unta salah satunya ialah wanita Quraisy yang solehah dan yang keduanya ialah wanita Quraisy yang berbuat baik kepada anak yatim yang masih kecil dan mengurus sendiri keperluan suaminya." - Hadith sahih riwayat Muslim no. 4589.

3. Jiwa menjurus kepada lawan jantina

Pernahkah terjadi perasaan berdebar-debar dan jantung berdegup laju tatkala berada berhampiran dengan lawan jantina? Sekiranya 'ya' dan jika keadaan sudah menjadi parah, jangankan sesekali duduk berdekatan, cukuplah kalau hanya sekadar melihat wanita cantik atau lelaki kacak melintas di hadapan mata.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Maka sesiapa yang fitrahnya diarahkan kepada sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk. Sesiapa yang fitrahnya terarah kepada selainnya, maka dia telah binasa." - Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Hibban.


"Katakanlah kepada orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka..." - Surah an-Nur: 30-31

Rasulullah S.A.W. bersabda di dalam sebuah hadith qudsi yang menerangkan bahawa pandangan itu seperti panah beracun.

"Pandangan itu adalah panah beracun di antara panah iblis. Sesiapa yang meninggalkannya kerana takut kepadaKU, maka akan AKU gantikan dengan keimanan, yang ia dapatkan manisnya di dalam hatinya." - Hadith riwayat at-Tabrani dan al-Hakim.
Jika hati atau jantung berdebar-debar sewaktu memandang lawan jantina, maka sudah pasti mereka ini termasuk di dalam golongan yang diwajibkan berkahwin.

ALLAH berfirman:

"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan Rahmat-Nya: bahawa DIA menciptakan untukmu (lelaki) isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu (suami isteri) kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir." - Surah ar-Rum: 21

4. Hilang fokus apabila wujud lawan jantina.

Hilang fokus atau lemah tumpuan adalah perkara normal yang berlaku kepada kebanyakan orang bujang. Keadaan ini berlaku kerana mereka kerap memikirkan berkisar tentang soal pasangan, masa depan yang tidak pasti dan persepsi daripada banyak pihak. Akibatnya, ia memberi kesan kepada tugas harian seperti mereka mudah hilang tumpuan, prestasi kerja merosot serta hasil produktiviti menurun. Mereka yang mengalami gejala hilang fokus atau lemah tumpuan ini adalah berpunca daripada faktor psikologi serta perasaan tidak stabil. Umumnya, penyakit ini disebabkan oleh kesunyian dan kekurangan cinta serta belaian kasih sayang. Jalan selamat dan ubat yang paling mujarab kepada masalah ini ialah dengan berkahwin.


"Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya; mereka itu akan diberi rahmat oleh ALLAH; sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. ALLAH menjanjikan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam Syurga 'Adn serta keredhaan daripada ALLAH yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar." - Surah at-Taubah: 71-72

5. Cemburu melihat kebahagiaan orang lain.

Perasaan cemburu atau ghirah di dalam Islam terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ialah padabahagian yang halal dan diperintahkan iaitu cemburu di dalam perkara kebaikan. Kedua ialah kepada perkara haram serta dilarang iaitu cemburu yang melampaui batas dan merosakkan. Cemburu yang melampaui batas ini disebut hasad. Perasaan hasad ini mampu menghapuskan kebaikan yang ada pada diri mereka, sebagaimana api membakar kayu kering. Inilah yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya:

"Jauhkanlah (oleh kamu) dengki (hasad) kerana ia akan memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu." - Hadith riwayat Abu Daud.

Di dalam hadith yang lain, ada disebutkan:

"Janganlah saling hasad dan jangan mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah saling bermusuhan. Hendaklah saling memaafkan dan jadilah kamu bersaudara." - Hadith riwayat Muslim.

Berusaha menunaikan kewajipan perkahwinan jika sudah wujud perasaan cemburu dan tertekan apabila melihat kebahagiaan orang lain. Terutamanya ketika melihat kawan-kawan di sekeliling sudah pun mempunyai pasangan. Cemburu melihat orang lain berpasangan adalah isyarat bahaya bahawa perkahwinan itu perlu disegerakan. Ketahuilah bahawa perkahwinan itu sememangnya indah sehingga wajar untuk kita berasa cemburu.

6. Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak.

Ini berlaku kepada mereka yang sudah sampai seru untuk berumah tangga. Apabila perasaan keibuan atau kebapaan tumbuh di dalam sanubari, ia akan mula memainkan peranan dengan menguasai diri dan mempengaruhi segala tindak tanduk. Ini menunjukkan bahawa seseorang yang sudah sampai waktu untuk memiliki keluarga sendiri. Inilah fitrah yang sudah ditetapkan oleh ALLAH.

ALLAH berfirman:

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi ALLAHlah tempat kembali yang baik (syurga)." - Surah ali-Imran : 14

Ketika memegang kanak-kanak atau bayi, terasa berat untuk kita melepaskannya. Apabila berada berhampiran mereka, naluri keibuan atau kebapaan itu seolah-olah mendorong kita untuk merangkul, bermain, mengusik dan membelai manja serta menikmati penuh gembira senyuman yang suci bersih itu. Itulah petanda bahawa sudah tiba masanya kita bergelar ibu dan bapa.

7. Jatuh cinta pada seseorang.

Jatuh cinta merupakan fitrah setiap manusia, begitu juga dengan perasaan minat dan suka. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ALLAH telah mencipta manusia dengan fitrah sedemikian. Lelaki dijadikan untuk tertarik kepada wanita dan begitulah juga sebaliknya. Maka,tarikan ini adalah fitrah di mana ALLAH telah menyediakan jalan keluar yang paling sempurna iaitu dengan berkahwin secara sah. Perkahwinan merupakan sebaik-baik jalan perhubungan di antara lelaki dan wanita.

Ibn al-Qayyim berkata bahawa ia adalah 'Ketetapan ALLAH dengan hikmah-Nya menciptakan makhluk dalam keadaan saling mencari yang sesuai dengannya. Secara fitrah saling tertarik dengan jenisnya. Tetapi akan menjauh daripada yang berbeza dengannya.' Inilah ketetapan ALLAH kepada semua makhluk-Nya.

ALLAH berfirman:

"DIAlah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya, DIA menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya..." - Surah al-A'raf: 189

8. Desakan hawa nafsu

Ini selalu terjadi kepada lelaki dan wanita yang baru mencapai usia remaja. Sekiranya terdedah kepada lawan jantina, mereka akan cepat tergoda dan teruja. Bahkan, golongan dewasa yang mencapai usia pertengahan juga kerap kali mempunyai desakan ini. Hal ini disebabkan oleh banyak faktor dan perkara ini perlulah diambil berat. Mereka mesti berhati-hati di dalam mengendalikan hawa nafsu tersebut kerana ia boleh mengundang pelbagai masalah dan bahaya. Jalan paling selamat bagi menangani desakan nafsu ini ialah melalui perkahwinan. Melaluinya, desakan tersebut dapat dilangsaikan menurut tatacara Islam.

Hadith ini memiliki syahid yang diriwayatkan oleh Abu Zubair. Daripada Jabir, bahawa Rasulullah S.A.W. melihat seorang wanita lalu wujud keinginan di dalam hati baginda. Lalu baginda mendatangi Zainab yang sedang membuat roti dan lantas melaksanakan hajatnya. Setelah selesai, baginda keluar dan bersabda:

"Sesungguhnya seorang wanita menghadap dengan bentuk syaitan dan mundur dengan bentuk syaitan juga. Jika ada di antara kalian melihat seorang wanita, lalu berasa ghairah, maka datangilah isterinya (salurkan kepadanya). Sebab hal itu dapat menolak penyakit yang ada dalam hatinya." - Hadith riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Baihaqi dan Ahmad. Matan ini milik Ahmad daripada beberapa jalur yang berasal dari Abu Zubair.
Maksud 'wanita sebagai menghadap dengan bentuk syaitan' bukan menunjukkan satu penghinaan atau penindasan. Makna paling tepat ialah wanita itu dipergunakan oleh syaitan dengan menghiasi mereka sehingga kelihatan cantik di mata lelaki yang memandang. Hakikatnya, wanita itu biasa sahaja. Hal itu berlaku kerana syaitan menghiasi mata dengan penipuan dan godaan.

9. Beronani.

Onani atau melancap ialah perbuatan mengeluarkan air mani bukan melalui hubungan intim atau persetubuhan. Beronani adalah satu perbuatan yang dipandang sebagai dosa besar di sisi Islam.Demikian, menurut majoriti para fuqaha. Imam Syafi'e dan Imam Malik juga mengharamkan perbuatan sedemikian. Ini berdasarkan firman ALLAH S.W.T. di dalam al-Quran:

"Dan mereka yang menjaga kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali kepada isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Barang siapa yang mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang yang melampaui batas." - Surah al-Mukminun: 5-7

"Hendaklah kamu berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal." - Hadith riwayat al-Bukhari no. 5063, Muslim no. 3389, an-Nasa'i dan Ahmad.

Hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa puasa berperanan untuk mencegah nafsu syahwat, bukannya merawat. Rawatan mujarab bagi penyakit ini hanyalah melalui perkahwinan.

10. Dorongan untuk melakukan hubungan intim.

Seseorang itu wajib berkahwin jika telah wujud di dalam jiwanya desakan untuk melakukan hubungan intim. Lelaki yang memiliki desakan nafsu yang kuat dibenarkan untuk berkahwin sehingga empat orang isteri pada satu masa. Ketentuan ini diperkuat lagi dengan ayat al-Quran.

ALLAH berfirman:

"...Kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian, jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil maka (kahwinilah) seorang sahaja..." - Surah an-Nisa' : 3.

Itulah hikmah ALLAH memberi keizinan untuk berpoligami kepada suami yang memiliki kekuatan dan kemampuan yang ditetapkan oleh-Nya. Memiliki nafsu syahwat yang kuat bukanlah satu kesalahan. Sebaliknya, ia adalah kebaikan jika disalurkan pada jalan yang halal dan benar. Justeru, lelaki haruslah lebih bijak dalam menangani kemampuan ini.




sumber: link

XOXO,
eiqaazra♥

Thursday, January 24, 2013

Lihat diri sendiri sebelum mengata orang lain..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tumblr_mh3174dzn71s3jjoqo1_500_large

hye u olllss. korang sihat? haha..of course la korang sihat kan. bagi yang tak sihat tu, jangan lupa makan ubat walaupun ubat tu tak sadap..huhu. kerana kesihatan perlu diutamakan. betul tak? macam doktor pula cara eiqa bercakap. eh..berbalik kepada tajuk..

korang ada tak terlibat dalam situasi macam ni,

situasi 1:
ada beberapa orang lalu depan korang, orang tu gelap dan berpakaian agak selekeh.

situasi 2:
Seorang perempuan berjalan melintasi korang. perempuan tersebut agak gempal dan berpakaian sendat.

situasi 3:
seorang daripada kawan korang asyik pakai tudung atau baju yang sama 3 hari berturut-turut.

situasi 4:
korang keluar berempat. 3 orang berpakaian cantik ikut fesyen tapi seorang je yang pakai t-shirt.

situasi 5:
 korang ternampak sepasang kekasih. lelaki pendek dan perempuan tinggi.

---------------------------------------------

kalau korang terlibat dengan situasi di atas, apa korang akan buat? mungkin ada yang mengata dan ada yang buat tak endah dengan benda macam ni. betul tak?? kebanyakan orang akan mengata bila terlibat dengan situasi macam ni.. kenapa? kenapa perlu mengata? adakah sebab mengambil berat atau tujuan untuk mempersendakan orang lain?? susah nak jawab  :)

Tumblr_mcsem5nts91rjvv9lo1_500_large

Entri bukan lah nak memburukkan sesiapa.. eiqa pun ada juga terbuat benda ni semua.. tapi bila difikirkan balik, diri sendiri pun banyak lagi kekurangan untuk diperbetulkan. jangan lah asyik nak mengata tentang keburukan orang lain je.. kan benda ni tak elok sebab mengaibkan..

so, bila korang terlibat dalam situasi seperti itu, korang buat endah tak endah je.. kalau korang betul-betul ambil berat tentang orang tersebut, terus cakap kat dia.. tak payah la nak bercakap-cakap kat orang lain.. macam pas-pas pula..huhu.

benda ni pun eiqa ambik sebagai pengajaran untuk diri sendiri.. sebelum nak mengata tentang orang lain, periksa dulu diri sendiri.. sebab perangai manusia semua tak perfect.. ada je kekurangan.. :)

Pic-629-1327514377_large

XOXO,  
eiqaazra♥

Thursday, January 3, 2013

Follower sampai angka 2000!! Terima Kasih Semua!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Pertama sekali eiqa nak ucap banyak2 terima kasih kepada follower dan pembaca blog eiqa kerana sudi datang ke blog eiqa dan sudi follow blog yang tak seberapa ni. tak sangka juga lah sebab eiqa dah lama juga tak update blog nie dan jumlah pembaca yang datang setiap hari tak berkurang.. huhu.. Walaupun blog nie tak sehebat Lyssa, Cik Epal, Hanis Zalikha, Irine Nadia, Maria Elena dan Yuyu Zulaikha tapi ada juga orang nk datang.. hehe.. *mata ke atas tangan didada.

ok la.. malas nak membebel.. hehe.. sebenarnya eiqa just nak cakap follower eiqa dah mencecah 2000 orang..yuhuu.. sebenarnya ramai je lagi blogger dah beribu ribu follower.. sesaja nk bangge.. hehe.

 

 terima ksih banyak2 ye kat korang semua.. sesiapa yang follow eiqa tu, eiqa dah follow korang balik. kalau ada yang tertinggal tu, bg tau eiqa k..



Tuesday, January 1, 2013

Kerja mengutip KERANG!!! ( first time )

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Hari Ahad lepas, 30.12.12 eiqa dan family bercuti ke rumah Baby Asyura di Lekir, Perak. kalau tak silap eiqa dekat Teluk Intan ye?? ntahlah lupa lupa nak tanya.. hehe. atuk dia bawa kitorang pergi kutip kerang kat tengah laut yang sedang surut.. sangat best!! walaupon tengah panas dan muka eiqa bertambah gelap, tapi pengalaman macam ni jarang orang dapat tau.. yela sesetengah orang tak suka benda macam ni sebab dorang kata takut gelap (hitam) lebih-lebih lagi perempuan yang jaga kulit.. huhu. Korang tau tak, nak kutip kerang sangat senang!! Family eiqa kutip banyak kerang sampai kan 3 baldi penuh..

 gambar kat atas ni gambar mak ayah eiqa dan aina natasya.. yang budak kecik belakang tu la Baby Asyura. hehe. dia pon pandai cari kerang tau.. nasib baik budak kecik macam dia tak geli main lumpur.. hehe.. gambar eiqa takde dalam ni sebab eiqa yang ambik gambar. aduh banyak pula membebel.. eiqa letak gambar je lah...

ni la baby asyura... budak ni pandai cari kerang tau.

nie masa mula-mula datang.. kat hujung sana tu ramai yang cari kerang..

baby asyura dan mak eiqa.

ni ayah eiqa..

nie kerang masa mula2 cari..

ni la kitorang.. adik eiqa, asraf dah jalan ke gigi air kat sana nun..


mak eiqa tekun mencari.. masa ni eiqa tgh kutip kat tempat lain.


pemandangan dari tebing pantai.


tadaaaa!!! ini lah hasilnya! penuhkan! ada lagi 2 baldi tau.. sangat banyak!!


pengalaman ni sangat best!! kalau boleh eiqa nak pergi lagi! muka gelap ketepikan..haha.
eiqa harap dapat datang lagi dan makan kerang fresh!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Copyright © 2012 and Designed by Eiqa Azra