Terlepas entri yang lain? Jom baca entri ini..

Friday, March 30, 2012

Terima kasih Alynn Nyza!

wah.. eiqa terharu sangat!
1st time ada kawan blogger buat entri untuk bufday eiqa!!
wah!! terima kasih ye..



nak tengok entri dia??
jom pergi blog dia!


ceh..ceh..ceh..bangga la pula..huhu..
Terima kasih banyak2 Alynn Nyza!

sebelum nie eiqa pernah buat entri pasal Blogger Alynn Nyza..
sebab dia jadi follower eiqa yang ke 1000.. 
Jom terjah!!

Genap 20 tahun pada 30 Mac 2012..

Assalamualaikum...


tarikh 30.3.2012..
umur eiqa dah sampai 20thn..
wah.. dah bertambah tua la eiqa..

terima kasih kepada mak eiqa sebab 
melahirkan eiqa ke dunia..
tanpa mak dan ayah,
eiqa tak wujud kat dunia nie.. 
eiqa sayang sangat kat mak n ayah..
dan tak lupa kat adik beradik eiqa..

Terima kasih kat En azrie tersayang sebab wish eiqa..
eiqa sayang sangat kat Azrie..

terima kasih juga kat semua kawan-kawan eiqa yang 
wish eiqa dan nyanyi lagu Hepi Bufday 
sebelum masuk dewan Exam tadi..

dan juga terima kasih pada semua yang wish eiqa.. 
cewahh.. macam popular pula.. nak perasan kejap..hehe


Thursday, March 29, 2012

Tinggal lagi 1 paper je lagi..

tinggal exam esok je..
huhu.. lepas tu, eiqa merdeka!!
huhu...


wah.. doakan eiqa dapat result yang cemerlang ye.. 
aminnn.....

Follower eiqa ke 1111

....assalamualaikum..

alhamdulillah.. follower blog eiqa dah mencapai 1111..
terima kasih pada semua follower eiqa yang sudi
follow blog eiqa..


Follower ke 1111 yang bertuah itu adalah..
 http://joijoi80.blogspot.com/


terima kasih ye coz sudi follow eiqa.. :)

perhatian: kepada blogger yang menggunakan button follow tanpa gadget follower, eiqa xdapat nak follow sebab eiqa dah habis limit untuk follow.. limit untuk follow guna button tu hanya 300 je.. :) harap maklum..

Tuesday, March 27, 2012

Tanda 'dia' adalah soulmate (jodoh)






Tahu tak tanda dia adalah jodoh korang?? tak kisah la, kawan ke..kekasih ke..suami isteri ke..
jom baca..tapi nie sekadar tanda sahaja.. jangan la terlampau mempercayai ye..

Petanda 1 
saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan, adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu..Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia sudah siap menerima kamu seadanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

Rahsia Tandatangan


1. Satu garisan di bawah tanda tangan

Seorang yang sangat yakin
Ada personaliti yang hebat
Agak mementingkan diri sendiri
Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu

2. Dua titik di bawah tanda tangan

Anda romantik
Mudah bertukar pasangan macam tukar baju
Memilih kecantikan (bagi lelaki)
Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)
Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping

3. Satu titik di bawah tanda tangan


Anda kelihatan mudah dan tenang
Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati

4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan

Seronok dengan kehidupan
Ikut gaya dan cara sendiri
Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain

5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama

Anda sentiasa berusaha supaya smart
Suka berselindung
Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup
Yakin dengan kebolehan diri sendiri

6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak


Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir
Anda cepat menukar pandangan dan idea

7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung

Seorang yang sangat prihatin
Tidak pentingkan diri sendiri
Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain
Seorang pemikir
Seorang yang mudah serik

8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas 


Seorang yang sangat baik
Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan 

Tegas dengan pendapat sendiri 
Ada semangat yang tinggi 


selamat membaca

credit to: http://1001rahsiadiri.blogspot.com/2008/05/rahsia-tandatangan.html

Saturday, March 24, 2012

‘WootMedia Blogging Shirts’ Giveaway


eiqa join giveaway!!
jom la join.. 
klik je banner diatas nie..

hadiah nya adalah baju diatas..
ada 20 helai untuk 20 pemenang! 

jom join!!
tarikh tutup: 15 April 2012

Exam!!


Korang suka exam tak??
huhu..setiap kali dengar perkataan exam mesti mood berubah kan..
ala.. biasa la tu bila hadapi exam mesti gelabah habis..

minggu nie eiqa exam.. tapi still berblog..huh..
haha.. tapi korang jangan la ikut perangai eiqa nie..
biasala kan.. kawan-kawan sume sibuk study..

Bagi eiqa pula.. jangan tension-tension bila study..
kalo tension, nanti kita jadi blurr masa study..
dan ada juga yang sampai sakit kepala dan muntah-muntah..
betul tak??
so cara eiqa.. study tetap study beb..
tapi taknak tension.
Lepas study sekejap eiqa main game ke..buka blog ke..dengar lagu..
lepas tu sambung study balik.. huhu..
barula tak tension..
note: patutla mak eiqa suka membebel kat eiqa..hehehe...anak dia degil sangat.. 

Friday, March 23, 2012

Segmen : Saya Suka Doodle


wah eiqa join segmen!!
apalagi? jom cepat join.. 
Klik je banner di atas..

Nama ringkas: Eiqa Azra
Warna: Biru lembut dan Ungu lembut.

tag:

Sunday, March 18, 2012

10 Fakta Tentang Wanita


1. Kajian oleh Universiti Illinois mengatakan wanita lebih penyayang dan setia berbanding lelaki. Rasulullah S.A.W bersabda, “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Lelaki hanya mampu menahan kesakitan sehigga 47 Del tetapi wanita mampu menahan kesakitan sehigga 57 Del ketika sakit bersalin. Itu bersamaan 20 tulang dipatahkan serentak. Khas untuk lelaki, hargailah ibu dan isteri anda ♥

3. Wanita suka menangis tetapi bukan tanda mereka lemah. Wanita menangis untuk mencari dan mendapatkan kembali kekuatan diri.

4. Wanita suka ‘shopping’ sebab itu sahajalah masa di mana mereka rasa dapat mengawal keadaan mengikut kehendak mereka.

5. Mengikut kajian, dalam keadaan stress atau situasi tidak terkawal, lelaki cenderung untuk mengelak tetapi wanita cenderung memilih untuk menyelesaikannya.

6. Kajian menunjukkan memori wanita lebih kuat berbanding lelaki terutama perkara yang berkaitan dengan emosi. Sebab itu wanita lebih sensitif.

7. Naluri wanita lebih kuat dari lelaki. Ibu lebih bersikap melindungi dan tahu secara semulajadi bila situasi merbahaya untuk anak sedangkan bapa perlu berfikir sejenak sebelum sedar akan bahaya.

8. Rasulullah S.A.W bersabda, “ Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.”

9. Wanita yang menyusui anaknya akan diberi satu kebajikan bagi setiap teguk susunya.

10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu ♥

Kisah Suami Isteri..



Kisah suami isteri di rumah.

Isteri: abang, malam ni abang kena tidur kat luar..
Suami: kenapa ayang? Apa salah abang?
Isteri: abang tak salah tapi, kita kena buat sesuatu. Malam ni, abang kena senaraikan semua keburukan ayang dan ayang kena senaraikan semua keburukan abang juga..

Malam tersebut si isteri dan si suami tidak tidur kerana harus menyenaraikan keburukan pasangan nya. Keesokan nya…

Isteri: ayang dah senaraikan keburukan abang. biar ayang mulakan dulu.. Abang kuat membebel, abang kuat cemburu, abang cerewet, abang tak suka tolong ayang masak…bla…bla….bla….. sekarang giliran abang pula..
Suami: bagi abang, ayang langsung tiada keburukan kerana abang terima ayang seadanya, abang sangat sayangkan ayang, abang akan berkorban apa saja demi ayang, abang tidak mahu kehilangan ayang.. bla..bla…bla…bla…

Si isteri tergamam dan sangat terharu. Lalu dia meminta maaf kepada suami nya kerana telah berdosa kepada suami nya…

Wednesday, March 14, 2012

9 Jenis Alergi yang jarang dihidapi.



Assalamualaikum..

Kalau sebelum ni eiqa pernah post tentang wanita yang elergi air, sekarang jom tengok jenis-jenis alergi yang sangat jarang dihidapi didunia..

1. Air

Sebelum ni eiqa ada buat entri pasal nie.. tapi tak apa, biar kita refresh semula..
Alergi ini disebut, Aquagenic Urticaria. Penderita penyakit ini sangat sangat jarang. ia berlaku satu dalam seratus million dan hanya ada 40 orang sahaja yang menghidap penyakit ini didunia.
Penderita yang terkena air akan menyebabkan kulitnya terbakar dan gatal-gatal dan kadang-kadang akan menyebabkan berdarah jika air lambat dikeringkan.

Penderita tidak boleh berenang dan menangis serta boleh menyebabkan ruam-ruam.
Nina Goad dari British Association of Dermatologist mengatakan, alergi air kemungkinan terjadi akibat tingginya kadar histamin dalam darah. Namun, ahli perubatan belum mengetahui dengan pasti apa penyebab keadaan itu sehingga menyukarkan proses mencari rawatan.
 
2. Cahaya Matahari

Penderita Photo Uricaria juga tidak boleh terkena cahaya matahari. Jika mereka terkena cahaya matahari terlalu banyak, akan menyebabkan kulit mereka luka.
ia boleh dikurangkan dengan antihistamin dan steroid alergi. tetapi mereka tidak boleh juga berjemur ditepi pantai.

3. Telefon / Handphone

Bahan untuk membuat telefon mengandungi nikel, suatu bahan yang boleh menyebabkan alergi pada banyak orang. 
Selain itu, radiasi, elektromagnet, dan gelombang mikro boleh menyebabkan reaksi alergi pada orang berkulit sensitif.
 
4. Seks

Ada wanita yang alergi terhadap air mani malahan lelaki juga ada. 
Doktor tidak mengetahui penyebabnya, tapi orang yang menderita Human Seminal Plasma Hypersensitivity akan menderita luka kulit selepas10 minit terkena air mani.
 
penyelesaian masalah ni sangat unik : semakin banyak terkena air mani, badan akan semakin kuat terhadap air mani.
 
5. Deodoran
 
Jangan salahkan orang yang memiliki bau badan karana mungkin mereka tidak ada pilihan lain.
Mereka alergi terhadap deodoran. pewangi badan ini boleh menyebabkan sakit, gatal, kemerahan, dan luka pada kulit.
pada saat ini sudah ada deodoran yang disyorkan oleh doktor.
Deodoran tersebut memiliki kandungan penyebab alergi yang sudah dikurangkan. Selain itu, bedak bayi juga dapat digunakan sebagai pencegah bau badan.

6. Peluh Badan

Peluh kebiasaannya mengandungi banyak racun yang dikeluarkan oleh tubuh.
Orang-orang yang memiliki kulit sangat sensitif boleh bereaksi terhadap racun tersebut.
Gejalanya: kemerahan, gatal, bahkan luka yang sangat sakit dan berlaku selama beberapa jam.
Seperti halnya beberapa alergi lain, doktor belum menemukan penyebabnya.
Tapi dengan pengubatan sederhana, gejala ini boleh dihindari.

7. wang @ duit 
Kebanyakan orang yang alergi pada wang terjadi karana duit logam yang diperbuat daripada nikel. Nombor 3 tadi sudah disebutkan jika nikel menyebabkan alergi. Sukar untuk menghindari nikel karena bahan ini banyak terdapat dalam kehidupan seharian.

8. Kasut

Kasut mengandungi pewarna, lem, karet, dan bahan-bahan lain yang boleh bersentuhan dengan salah satu bahagian tubuh yang mudah berpeluh, seperti telapak kaki.
Penderita alergi akan merasa gatal, kulit kemerahan, serta kulit mengelupas.
ubat-ubatan alergi dapat menolong, tapi kalau seseorang menderita alergi terhadap karet atau kulit, mungkin dia tidak harus memakai kasut.

9. Bersukan

Sangat sukar mendiagnosis alergi bernama Exercise Urticaria ini. Soalnya, ketika orang bersukan, begitu banyak hal terjadi di dalam tubuhnya. Tapi, gejala yang biasa terjadi adalah gatal-gatal, bengkak, mual, dan muntah. Ketika situasinya sudah teruk, mereka boleh pitam dan harus diberi suntikan epinefrin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Copyright © 2012 and Designed by Eiqa Azra