Terlepas entri yang lain? Jom baca entri ini..

Sunday, April 29, 2012

Apa yang lelaki lakukan bila sedih..


menangis adalah senjata utama bagi perempuan untuk 
menghilangkan rasa sedih yang bersarang dihati mereka.. 

bagaimana pula dengan lelaki??
kalau menangis, nanti dikatakan tidak macho.

so, jom tengok apa yang dilakukan apabla lelaki bersedih..
  • 42% memilih untuk berdiam diri sambil menutup mukanya dengan kedua belah tapak tangan.
  • 25% cuba duduk bersendirian dan elakkan daripada berjumpa dengan orang ramai.
  • 17% menjerit sekuat-kuat hati, lepaskan segala rasa yang berbuku.
  • 8% bertindak agak ganas dengan memukul dinding dan sebagainya.
  • 8% menangis.

selamat membaca

Friday, April 27, 2012

Cottages tercantik didunia.

wah!! suka tengok gambar yang comel dan cantik!!
menenangkan fikiran la kalau ada rumah yang macam nie..
huhu..

Jom tengok

Rama-rama yang berwarna-warni.

sapa suka rama-rama?
huhu.. rama-rama cantik kan?? 
warna nya memikat hati la.. 
jom tengok.. rama-rama comel!





Jom tengok!..
































selamat membaca! 

Thursday, April 26, 2012

Bilik tidur yang sangat cute..

nak tengok tak gaya bilik tidur yang sangat la cute!!
diberi gelaran "Princess Bedroom"
suka sangat!! (seperti kanak-kanak)
 jom tengok!

 

Sunday, April 22, 2012

Segmen "Saya sayang blog saya sebab..."


huh..sekarang dah jarang update blog..
ok.. sekarang eiqa nak join satu segmen.. 

kalau korang nak join juga, klik je banner di atas ye.. :)
nie adalah segmen pertama yang dibuat oleh pemilik blog...

apa lagi? jom la join...

 

Eiqa sayang blog eiqa sebab sebelum nie, blog eiqa adalah tempat eiqa meluahkan isi hati eiqa. eiqa dapat banyak informasi dan menambah pengetahuan bermula dengan kewujudan blog eiqa nie.. berblogging nie banyak kebaikan tapi kalau disalah guna, banyak juga keburukan.. huhu.. so kalau blog eiqa tak ade, eiqa bosan sangat..

tag;

Thursday, April 19, 2012

Susuk (Charm needles) itu haram.

....Assalamualaikum...

Susuk (Charm needles) itu apa?
  • Susuk merujuk kepada memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan. Pelbagai bahan boleh digunakan, bergantung kepada apakah keinginan pengguna. Diantara kebaikan yang kononnya boleh didapati dengan memakai susuk adalah muka sentiasa dipandang manis, tidak berusia, kebal dsb. 
  • Susuk yang dipakai dikatakan boleh dikesan melalui perubatan moden, contohnya melalui sinar-X. 
  • Pemakaian susuk memberikan khayalan palsu kepada pemakainya. Beliau merasa masih muda, cantik dan kuat. Penggunaan susuk itu mujarab disebabkan bantuan jin dan syaitan yang memberi gambaran palsu kepada orang yang melihatnya. Pengamal susuk menjadi hodoh, tua, lemah dan tidak sekuat dulu apabila susuknya dibuang.

 Apa jenis-jenis susuk?
  • Logam
    • Susuk Emas
    • Susuk Perak
    • Susuk Besi
    • Susuk Raksa
  • Galian
    • Susuk Berlian
  • Organik
    • Susuk Susu
Contoh pantang

Antara makanan yang menjadi pantang pemakai susuk (bergantung kepada jenis susuk).
  • Labu air
  • Pisang tanduk
  • Daun kelor
  • Sate
Antara perbuatan yang menjadi pantang pemakai susuk (bergantung kepada jenis susuk).
  • Melalui bawah penyidaian
  • Melalui di bawah tangga atau rumah

 Keburukan pemakaian susuk.
  • Pemakai susuk terpaksa mematuhi pantang-larang tertentu. Sekiranya terlanggar pantang-larang, susuk itu akan keluar dengan sendirinya dan menjadi tawar.
  • Susuk ini terpaksa dibuang, sebaiknya oleh dukun yang memakaikan susuk itu, ataupun melalui cara yang diajari. Sekiranya dukun tersebut telah mati atau cara membuang susuk tidak dipelajari, pemakai susuk ini sukar hendak mati.
  • Jika si pemakai susuk melanggar pantang larang, maka susuk yang dipakainya boleh juga menjadi racun kepadanya.
  • Susuk HARAM dipakai terutamanya bagi yang beragama ISLAM, kerana susuk adalah sejenis ilmu hitam yang menyesatkan dan murtad pada sesiapa yang melakukannya.

Note:  Muslimin dan muslimat wajib menjauhi pemakaian susuk walau apapun alasan dan bentuk susuk tersebut. Kita wajib menghindarinya kerana ianya membawa akibat yang buruk terutama di akhir usia dan azab di akhirat yang dahsyat kerana syirik kepada Allah s.w.t.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Copyright © 2012 and Designed by Eiqa Azra