Terlepas entri yang lain? Jom baca entri ini..

Sunday, April 28, 2013

Fenomena Sindrom Gwiyomi (comel)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Sekarang ni mesti korang asyik dengar perkataan gwiyomi kan..
sekarang ni banyak sangat musim. kalau sebelum ni musim kpop, gangnam style dan sekarang gwiyomi pula..ramai pula orang yang buat gaya gwiyomi dan sememangnya cute!! 
bagi sesiapa yang tak tahu apa itu gwiyomi, baca bawah ni, 
 
Gwiyomi bermaksud comel. Lagu Gwiyomi pada mulanya berasal dari band K-Pop iaitu kumpulan BtoB (Born To Beat). Tajuk asal lagu itu ialah Gwiyomi Player atau bermaksud pemain comel. Namun kehadiran artis indi negara itu, Hari menaikkan nama lagu berkenaan, seterusnya mencetus fenomena di beberapa negara seperti Thailand, Filipina, Singapura dan Malaysia.

sampaikan artis pun buat gaya nie dan mereka memang comel!!! antaranya nora danish, wawa zainal, nazim dan elfira loy..




 

Saturday, April 20, 2013

Susah nak jumpa orang yang pandai menjaga rahsia.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



dah baca? selalu tak perkara macam ni terjadi?? kenapa mereka tidak boleh menyimpan rahsia? 
kalau lah kawan korang tu yang warna pink (dalam gambar), habislah korang.. tak dapek den nak nolong.. (sleng orang ngori). kadang-kadang kan orang yang selama ni kita percaya, boleh buat macam ni kat kita tau tapi tak semua kawan macam tu. kawan-kawan eiqa sekarang ni pun kebanyakannya boleh dipercayai..mereka pun baik dengan eiqa. tapi mengikut kajian, tak dapat dipastikan sebab yang tepat kenapa mereka tidak boleh menyimpan rahsia.

antara sebab-sebab nya adalah dengki, tidak mempunyai cerita lain, dan rahsia tu meletop gila.

Dengki:

perasaan dengki tu sama la dengan jeles. tak boleh tengok orang lain lebih daripada diri dia. kalo orang tu kaya, dia pun nak kaya juga. kalo orang tu glamour, dia pun nak lebih glamour juga. bila dia tau rahsia minah yang dia dengki tu, lagi lah dia suka. dia jadikan rahsia tu macam bahan loncatan untuk mencapai impian. lalu, dia pun ceritalah pada orang lain mengenai rahsia minah tersebut.

Tidak mempunyai cerita lain:

kalau sebab yang ni, selalu juga rasanya berlaku. bila satu kumpulan ni berjumpa dan bergossip, mulalah rancak bersembang. tapi ada satu masa akan terdiam..haha betol tak?? bila dah terdiam, maksudnya dah tak tau nak cakap apa. hal ni la kadang-kadang menyebabkan rahsia orang lain terbocor.. contohnya: "eh..korang tau x pasal minah ni........dia kan... ooppsss..tercakap pula.. xde papelah"
lepas tu, yang member lain tu akan cakap, "ala..cerita jela..kitorang tak kan bg tau sesiapa..."

Rahsia tu meletop gila:

bila seseorang ni tau satu rahsia yang tengah meletop, mesti dia tak sabar-sabar nak beritahu pada orang lain. dia rasakan apabila dia beritahu pada orang lain, dia dapat menarik perhatian orang. jadi, semua perhatian tertumpu pada dia seorang. contohnya:
"eh..aku dah kapel dengan mamat hot kat sekolah kita..tapi ko jangan beritahu orang lain ye.."
"ok..ok.. aku tak beritahu orang lain..." tapi dalam hati, 'kalau aku beritahu dorang, mesti cerita ni hot! so dorang mesti cari aku untuk tahu cerita seterusnya'

 Note: entri ni eiqa taip berdasarkan pengalaman selama beratus tahun nie..errrr..
tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.
entri adalah original.

XOXO,
eiqaazra♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Copyright © 2012 and Designed by Eiqa Azra