Terlepas entri yang lain? Jom baca entri ini..

Wednesday, April 4, 2012

Beza Radiografi dan Radioterapi

Assalamualaikum

hai.. korang pernah dengar perkataan Radiografi tak?
mesti jarang dengar kan?
kalau Radioterapi? agak selalu dengarla.. 
sebab ada perkataan terapi..

eiqa nak bagi tau apa itu Radiografi dan Radioterapi..
Lagipon eiqa berada dalam bidang Radiografi.. 
so, kepada adik-adik yang tak tahu, sila la baca dibawah ye.. :)

Radiografi
Dikenali sebagai Pengimejan Diagnostik..
 Penggunaan sinar X dengan tujuan mengesan kehadiran penyakit.
Orang yang bertugas dalam bidang ini dikenali Juru X-ray.
 Juru X-ray adalah ahli pasukan perubatan professional yang menggunakan sinaran untuk tujuan pengesanan kehadiran penyakit atau rawatan.

tugas: 
  • Menghasilkan imej yang berkualiti bagi membantu pakar radiologi dalam pengesanan penyakit
  • Mengendalikan pemeriksaan :
    a. Pengimejan Resonan Magnet (MRI)
    b. Ultrasonografi (US)
    c. Pengimejan Radionuklid (NM)

    d. Tomografi Berkomputer (CT)

    e. Pengimejan Digital

  • Melakukan prosedur pengimejan di dewan bedah, wad-wad, unit forensik, pusat kesihatan dan Jabatan Traumatologi dan Kecemasan
  • Memberi jagaan berkualiti kepada pesakit
  • Mengamalkan perlindungan sinaran
  • Melaksanakan program kepastian kualiti (QA)

Radioterapi
Penggunaan sinar X (bertenaga tinggi) dan sinar gamma untuk memusnahkan sel-sel kanser.

tugas:
  • Melakukan perancangan rawatan pancaran;
  • Memberi rawatan pancaran;
  • Menjaga keselamatan pesakit
  • Menjaga kesihatan umum pesakit
  • Menggunakan, mengendalikan serta menjaga kelengkapan dan peralatan radioterapi;
  • Memberikan pendidikan kesihatan dan pengurusan rawatan kanser.
Selamat Membaca!
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Copyright © 2012 and Designed by Eiqa Azra