Terlepas entri yang lain? Jom baca entri ini..

Wednesday, February 29, 2012

29 februari - Tahun Lompat 4 tahun sekali

assalamualaikum..

Korang tahu tak kenapa tahun ni, ada 29 februari??
Kenapa dia terjadi 4 tahun sekali?
Nak tahu?? Jom la baca sini.. 


Tahun 2012, tahun lompat dimana pada tahun ni ada 366 hari.
Satu hari yang lebih tu akan selarikan kalendar kita dengan masa sebenar bumi beredar mengorbit matahari. Anggarannya, bumi beredar mengelilingi matahari 
selama 365.242199 hari atau 365 hari, 5 jam, 48 minit, 46 saat. 
Jika satu hari pada 29Feb tu tak ditambah setiap empat tahun sekali, maka kita akan kehilangan masa hampir 6 jam setiap tahun. 
Dalam masa 100 tahun, kalendar yang kita pakai tu akan lari lebih kurang sebanyak 24 hari. 
Rugi la macam tu kan. Ini mengikut Gregorian calendar ataupun kalendar moden yang kita guna pakai sekarang ni.

 kalendar Islam (Hijri calendar)
Berlainan dengan Gregorian calendar yang dihitung mengikut math method berdasarkan matahari, kalendar Islam dihitung mengikut fasa perubahan bulan(moon). 
Setiap bulan akan ada 29 hari. 
Manakala dalam kalendar islam, dalam setiap kitaran 30 tahun akan ada 11 kali tahun lompat.
 Dalam tahun lompat, satu hari extra akan ditambah pada bulan terakhir Islam iaitu pada bulan Dzul-Hijjah menjadikannya 30 days instead of 29 days. In every 30 year cycle, the 2nd , 5th , 8th , 10th , 13th , 16th , 19th , 21st , 24th , 27th and 29th year is always a leap year.
Begitu lah cara nya kita mensejajarkan kalendar dengan peredaran bumi.
p/s: ada tak kat sini yang lahir pada 29 feb (tahun lompat)??

Bayi lahir seberat iPhone


Bayi ketiga terkecil yang pernah dilahirkan dan hidup selepas lahir hampir empat bulan sebelum tarikh kelahiran yang doktor jangkakan.
Melinda Star Guido lahir dengan berat kira-kira sama seperti dua iPhone di Los Angeles County-USC Medical Centre pada 30 Ogos 2011.
Tarikh jangkaan dia dilahirkan sepatutnya pada 15 Dis 2011. Ibunya, Haydee Ibarra, 22, melahirkannya dengan kaedah Caesarian pada usia kandungan 24 minggu kerana gangguan tekanan darah tinggi yang membahayakan nyawa ibu dan bayi. 
Dengan berat hanya 270g (9.5oz) ketika dilahirkan, bayi ini diiktiraf bayi ketiga terkecil yang selamat hingga sekurang-kurangnya pada tempoh jangkaan dia dilahirkan.


Bayi ini sangat kecil sehingga dapat diletakkan di tapak tangan doktor dan telah menghabiskan masa berbulan-bulan dalam salah satu incubator di hospital ini.Hampir setiap hari, ibunya akan menghabiskan masa sepanjang hari duduk di sisi bayi ini, dan kadang kala bermalam.Semasa kehamilan, Miss Ibarra mengalami tekanan darah tinggi, yang boleh membahayakan bagi kedua-dua ibu dan janin. 
Ibu muda ini telah dipindahkan dari sebuah hospital berhampiran rumahnya di San Fernando Valley ke hospital utama daerahyang mana lebih baik dan bersedia untuk menangani kehamilan berisiko tinggi.Terdapat juga masalah dengan plasenta, organ yang menyuburkan janin ketika hamil.

Walaupun dia terselamat, doktor memberitahu Miss Ibarra dan suaminya Yovani Guido,  
kanak-kanak yang dilahirkan terlalu awal boleh mempunyai kelewatan perkembangan dan kecacatan seperti buta,  
pekak atau cerebral palsy. Terlindung dalam inkubator, Melinda telah disambungkan kepada mesin bantuan pernafasan dan mendapat nutrisi melalui feeding tube.
Bayi terkecil yang hidup sebelum ini dipegang oleh 
Rumaisa Rahman (seberat 244g-normal dan kini berumur 7 tahun)
-Rumaisa mempunyai kembar, Hiba, yang lahir dengan berat 563 g.
 

 Rekod lain dipegang oleh Madeline Mann (seberat 280g-kini 22 tahun)




Sunday, February 26, 2012

Lovestory313 1st Giveaway

assalamualaikum


Nampak tak banner atas nie??
apalagi? tekan la.. nie 1st GA dari Lovestory313 tau..
syarat dier simple je..
klik la banner kat atas nie ye.. 

syarat-syarat;
1. buat 1 entri mengenai Giveaway ni. bertajuk Lovestory313 1st Giveaway
2. letak banner Giveaway di atas dalam entri anda, dan linkkan ke entri ni.
3. Follow blog syieda . dan kalau rajin LIKE fanpage syieda. 
4. tag kawan-kawan yang laen.
5. akhir sekali. letakkan link entri anda di ruangan komen Giveaway ni. link yang betul : http://lovestory313.blogspot.com/2012/02/lovestory313-1st-giveaway.html. BUKAN http://lovestory313.blogspot.com/

hadiah-hadiah menanti pemenang bertuah :
cabutan pertama : RM60.00
cabutan kedua : RM30.00
cabutan ketiga : RM10.00
(anda punyai dua pilihan sama ada untuk bank in ke dalam Maybank/CIMB anda ATAU top up untuk semue jenis talian)

jom join cepat! best tu hadiah nya!!

tarikh tutup: 1 April 2012

eiqa tag;
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Copyright © 2012 and Designed by Eiqa Azra