Terlepas entri yang lain? Jom baca entri ini..

Friday, December 28, 2012

Selamat Datang 2013

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


hye u ollss.. huhu.. lamanya eiqa tak berblog..rindu kat korang! ceh wah perasan je lebih..haha
sekarang eiqa tengah posting so macam takde masa nak berblog..penat sangat bekerja lah orang kata.. tapi banyak masa nak main game..oppss..ok..eiqa hantu game ye.. kat facebook tu, kebanyakan nya suma eiqa main. tapi FB banyak sangat game..haha

Sedar tak sedar, kita dah sampai ke pengakhiran bulan Disember.. maksudnya minggu depan dah tahun baru. SELAMAT DATANG 2013. Pertengahan tahun depan eiqa dah nak abis belajar.. yea!! dapat dok kat umah. kepada adik2 yang dapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PMR, Tahniah ye.. maaflah terlambat nak wish..

Korang ada Facebook? mestilah ada kan.. korang follow lah eiqa.. Eiqa baru je activekan facebook setelah bertahun deactive.. hehe. jom lah add eiqa.. --> Eiqa Azra 
kalau dah add, eiqa add korang balik ye...



Tuesday, December 11, 2012

Menceburi bidang bisnes online!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


dah lama tak update blog.. wah!! rindunya!! selama eiqa tak buka blog, ada juga kawan blogger yang sudi follow blog eiqa.. terima kasih korang.. nanti eiqa follow korang balik ye..
korang nampak tak banner atas nie? hehe.. eiqa baru je nak belajar buat bisnes..huhu..

Eiqa Azra Collection ni buat masa ni ada macam-macam jenis Baju Kurung Moden.. buat masa ni eiqa hanya lancarkan page di facebook je dan dijalankan secara Online! Masa akan datang eiqa akan update pakaian yang terkini.. pada sesiapa yang sibuk kerja dan takde masa nak shopping, bolehlah beli di Eiqa Azra Collection..hehe..

Eiqa nak minta tolong korang like page eiqa ye sebagai tanda sokongan dari korang semua..
Kalau korang dah like, bg tau eiqa kat komen dan eiqa akan like page korang..

Eiqa Azra Collection

atau tekan je button like kat tepi blog nie..

Thursday, November 22, 2012

Cemburu buta akan menyakitkan kita.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Cemburu?? biasalah tu.. orang kata cemburu tu tanda sayang.. Kalau dari segi perhubungan, memang selalu lah wujud perkataan cemburu. contohnya kalau korang tengok teman lelaki korang cakap dengan perempuan lain, cemburu tak? kalau eiqa, comfirm la cemburu.. haha.. tapi masa tengah cemburu tu, fikir la perkara yang positif macam 'ala..tu kawan je..'. sekurang-kurangnya dapat selamatkan hati kita daripada sakit..~sakit hati~.. kalau boleh jangan layan sifat cemburu tu.. kalau layan, tu yang terjadinya sifat cemburu buta..

Tapi cemburu buta ni dah tahap teruk.. semua emosi bergabung dan meletup!!! marah, sedih, kecewa, geram, malu semuanya ada.. sebab apa cemburu buta? selalunya seseorang tu terlampau sayangkan teman lelaki dan tak nak ia dirampas oleh perempuan lain atau kata lain, orang ketiga.

kalau korang dapat tahu perkara yang menyakitkan hati tentang pasangan korang, cuba berbincang dengan baik dan terang. jangan lah nak ikutkan perasaan. cuba kalau perkara tu tak betul, dan korang bergaduh besar, tak ke rugi? rugi la sebab bergaduh membazirkan air liur, air mata dan kredit hp korang. contohlah korang bergaduh sampai memutuskan hubungan. tapi bila dapat tau perkara yang sebenarnya, tak menyesal ke? atau menyakitkan hati sebab korang bergaduh pasal perkara yang tak betul.. apa yang penting, berbincang..

faedah daripada berbincang, korang mungkin dapat selamatkan 97% hubungan korang dengan teman lelaki, selamatkan hati korang dan dapat jimatkan kos sepanjang pergaduhan.. ala..macam yang kat atas tadi tu la.. jimatkan air liur, air mata, kredit hp korang..

tak salah kalau nak cemburu, tapi berpada-pada.. jangan bagi emosi menguasai diri, kesan nya menyakitkan.

Thursday, November 15, 2012

Orang yang senang atau kaya selalu dilayan baik.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


kenapa orang yang senang atau kaya selalu dilayan baik oleh sesetengah pihak?
hmm susah kot nak jawab.

tadi eiqa dan adik beradik pergi membeli dan belah kat mid valley. lepas sampai lah dekat bahagian pakaian (tempat nya adalah..rahsia). masa eiqa tengah tengok-tengok baju kat situ, adalah satu keluarga ni yang berpakaian biasa datang tengok pakaian kat situ. anak dia berkenan la kat satu baju ni.. mak nya pon tanya lah kat pekerja situ.. pekerja perempuan tu layan agak kasar jugak lah.. ingatkan memang perangai dia kasar. time tu eiqa ok lagi lah.. second time pula, ada lah anak dan bapa ni yang kelihatan senang (bila tengok cara berpakaian la).. tanya lah saiz baju kat pekerja perempuan yang sama tadi, pekerja tersebut layan punya lah baik siap dengan suara lemah lembut dan perlahan.. huh.. eiqa yang agak lama kat bahagian tu sebab adik eiqa nie punyalah lama nak cari baju.. bila nampak je pekerja perempuan tu macam tu, agak panas la hati ni.. huhu.. tak patut betul la orang tu layan pelanggan macam tu..

eiqa memang sensitif bila dengar perkara macam ni.. kesian pon ada kat keluarga yang pertama tadi.. tak patut layan orang ikut taraf dan darjat. benda ni selalu terjadi.. ada orang kaya yang suka menindas orang miskin atau memandang serong terhadap mereka.. kenapa ye??..

note: maaf pada siapa yang tersinggung dengan entri ni.. 

Monday, November 12, 2012

Cek nuffnang pertama dah sampai!!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


wah! tak sangka akhirnya eiqa dapat juga cek dari nuffnang!!
walaupon jumlahnya tidak banyak, tapi ia sangat berharga!
TERIMA KASIH NUFFNANG!

bila dapat tau je cek dah sampai rumah,
eiqa terus pergi Mid valley dan upgrade internet eiqa.. hehe..
nie sebab blog punya pasal la ni..
kepada nuffnang, jangan risau lepas ni eiqa akan terus setia bersama anda..haha

p/s: sebenarnya cek ni dah lama dapat. tapi baru sekarang nak post pasal ni..hehe

Saturday, November 3, 2012

Inilah kesan teknologi kepada keluarga..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


nampak tak gambar atas tu? huh.. apa jadi kalau keluarga macam ni??
kawan eiqa, zhafira cerita yang dia pernah nampak satu keluarga ni lunch kat KLCC.. tapi masing-masing pegang gajet.. ayah pegang iphone, mak buka ipad, adik main game, kakak main galaxy note.. cuba korang bayangkan korang kat tempat macam tu? huh...tengah makan tengah hari bersama tapi masing-masing dengan hal sendiri.. mesti tak bercakap.. sangat menakutkan.. 



kalau korang perasan, budak-budak zaman sekarang jarang dah main permainan tradisional macam main guli, main tengteng, zeropoint, layang-layang, gasing, congkak, dan sebagainya.. tapi bukanlah semua budak macam tu.. nie apa yang eiqa nampak di sekeliling eiqa.. dorang hanya duduk, buka tab dan main game. 

macam seseorang yang eiqa kenal, dia pujuk anak dia bila nangis dengan bagi budak tu main tab.. bila sekali budak tu dah suka, sepanjang hari lah budak tu main. masa raya hari tu, budak tu langsung tak bergerak dari tempat dia sebab asyik main game kat tab je.. sampai tak mandi-mandi padahal hari tu hari raya aidilfitri.. mak bapak dia pon memang suka la orang lain tengok anak dia macam tu konon-konon nya moden la tu kan.. huh.. ish..kenapa la kolot sangat pemikiran macam tu kan..

budak macam tu lama-lama dia leka dan bila dah biasa, makan tak nak, mandi tak nak, solat ntah ke mana lah kan.. keadaan macam ni sangat takut la.. takut satu hari nanti, pemikiran budak tu terbantut dan tak tahu dunia luar..

macam dah nak jadi macam orang yang duduk tengah hutan pula.. langsung tak tahu dunia luar dan tak bercampur dengan orang..lebih kurang hidup dalam dunia sendiri la.. cuma yang beza dia duduk dikelilingi gajet yang berteknologi tinggi..

note: tak nak benda ni jadi kat keluarga eiqa dan bakal anak-anak eiqa..hehe
(ceh tak kahwin lagi tapi taip anak-anak)

Thursday, November 1, 2012

sesaja..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



masa balik rumah hujung minggu hari tu terjumpa la frame gambar eiqa ngan adik eiqa ni, Asraf..
selekeh nya masa kecik-kecik tapi tak ingat la masa ni eiqa berapa tahun.. huhu..
masa tu kat tepi laut.. muka nak mandi laut tapi tak dibenarkan..haha..
gambar bawah nie yang terbaru masa raya hari tu.. dah besar panjang dah eiqa ni..


Wednesday, October 24, 2012

Shin Bi - wonderful life (korea)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


pernah tengok cerita wonderful life (2005) tak??  ala.. yang cerita drama korea tu..
mesti korang tertarik dengan watak Shin Bi dalam cerita tu kan.. sangat comel ye... 


  • Nama: 정다빈 / Jung Da Bin (Jeong Da Bin)
  • Profession: pelakon dan model
  • tarikh lahir: 2000-Apr-25
  • Bintang: Taurus 
dah besar dia nie.. masa dia berlakon wonderful life tu, umur dia baru je 5 tahun..
 sangat comel dan muka dia lebih kurang je macam muka mak dia dalam cerita wonderful life.
nie sikit je gambar.. kalau nak banyak, cari lah kat google ye.. 

     
 

Monday, October 22, 2012

Manusia bila dah tamak duit..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Ada sapa-sapa yang tak suka duit?? aha..tipu lah kalau orang cakap tak suka duit..  sekarang ni kat dunia semuanya kena guna duit. bahkan, nak masuk toilet pon yang paling mahal kena bayar RM3.. huh..
sebab tu lah terdapatnya manusia yang tamak dengan duit.. seolah-olah ada kuasa magnet dengan duit.. segala-galanya kerana duit.. kenapa eiqa kata macam tu? nak tahu sebab apa? kerana duit, harta dan keuntungan boleh terjadinya pergaduhan seterusnya mencetuskan peperangan. kawan dengan kawan pun boleh bergaduh sebab duit tau..


ada seseorang yang eiqa kenal, dia orang yang berpengaruh lah juga (pekerjaan dan nama dirahsiakan) keluarkan modal untuk membuka 1 kedai mini dalam suatu acara (dirahsiakan), kawan-kawan eiqa semua bertungkus lumus menolong nya (sebenarnya dia yang minta tolong).. dia hanya mengeluarkan duit tetapi benda yang hemdak dijual tersebut, kawan eiqa yang bersusah payah tolong cari. Dengar cerita, dia seboleh-boleh nya hendak melakukan sendiri kerja tersebut (sebab nak untung sendiri la..tapi bukannya buat banyak kerja pon). sehari selepas acara tersebut, kawan eiqa menyerahkan duit hasil jualan kepada dia.. (dia untung banyak ok!) dia hanya memberikan RM__ (dirahsiakan tetapi jumlah sangat sikit) kepada kawan eiqa yang sorang je sebab dia adalah ketua.. dia pesan, *"suka hati kamu lah sama ada nak kongsi duit itu dengan kawan yang lain atau tak sebab kawan kamu yang lain tu tolong main-main je.." kawan eiqa yang tolong tu ada lah dalam 7 orang.

kalau korang baca kat atas nie, apa pendapat korang? ok..kawan-kawan eiqa tu tak mengharapkan upah atau balasan.. sekurang-kurangnya tak payah lah cakap macam tu (dialog yang terakhir *)  dah lah dia langsung tak ucapkan TERIMA KASIH kepada kawan-kawan eiqa yang banyak membantu.. ok.. jangan salah anggap kenapa eiqa post pasal nie kat blog.. bukan untuk memburuk-burukkan orang ye.. walaupon eiqa tak terlibat dalam hal ni, tapi sebagai kawan, eiqa geram.. kenapa dia perlu buat macam tu..sangat teruk!! langsung tak menghargai pertolongan mereka (padahal dia yang minta tolong).. kesimpulan yang eiqa buat sendiri (bukan orang lain yang cakap), dia tu tamak!!

Note: kalau korang berada di tempat kawan eiqa (yang 7 orang tu) apa yang korang lakukan?? disebabkan dia tu seorang yang berpengaruh, so kami tiada hak untuk bersuara.. itulah perbezaan pangkat dan darjat.. orang bawah langsung tak boleh tegur orang atasan..

Sunday, October 21, 2012

Artis korea Wanita tanpa Make up (13 gambar)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

kaum wanita bila keluar rumah je mesti akan amalkan pemakaian make up.. 
kenapa? mestilah untuk kelihatan cantik.. cantik tu kan khas untuk kaum wanita.. 
sampaikan kita dah tak boleh nak cam muka orang tu bila tak make up.. huhu.
Di korea, pemakaian make up ni memang famous.. lebih-lebih tang mata tu.. kalau tak de eyeliner, mesti tak dapat cam langsung.. jom tengok gambar artis korea tanpa make up.. 

1. Min, anggota Miss A



2. Nana ‘After School’



3. CL, anggota 2NE1

 


4. Jiyeon, anggota T-ara

 


5. Hara ‘KARA’



6. Song Hye Kyo


 
 7. Ga In ‘Brown Eyed Girls’



8. Sunye atau Sun, anggota Wonder Girls

 


9. Jessica ‘SNSD’

 


10. Bom, anggota 2NE1



 11. Sohee, anggota Wonder Girls



12. Sang putri dalam Princess Hours, Yoon Eun Hye

 


13. Sandara, anggota 2NE1 



note: make up atau tak, mereka tetap cantik.. cuma perbezaan je sebelum dan selepas..
kredit to: google

Thursday, October 18, 2012

Sangat Terharu dengan gambar ni..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tadi terjumpa pasal ni masa tengah merayau kat google..

gambar 1 dan gambar 2 : ibubapa kepada bayi ni mencium dan mengucapkan selamat tinggal.

 gambar 3 : bayangkan.. kenapa staf medical tersebut memberi tunduk hormat kepada bayi ni.

Disebabkan oleh bayi ni, dua kanak-kanak di wad sebelah telah diselamatkan oleh buah pinggang (kidney) dan hati (liver) daripada bayi ini...


Speechless moment


Sunday, October 14, 2012

Perlukan link blog untuk bloglist eiqa..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


 eiqa nak letak lagi satu bloglist.. tapi tak tahu nak letak link blog sapa..
kalau boleh blogger yang aktif la..
eh...tak payah buat entri macam segmen la.. 
korang just letak link blog korang kat komen eiqa ni je..
senang kan??

semudah A B C..hehe kalau nak exchange bloglist pon tak kesah..
ada faham?

ok lah eiqa ulang lagi sekali..
korang kena letak link blog korang kat kotak komen eiqa..
sehingga 15/10/2012 jam 12.00 malam..

 
 ehem..gambar nie jangan pedulikan ye.hehe. gambar hiasan.

Saturday, October 13, 2012

9 Jenis Anak Syaitan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



1. Zalituun :
- Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. 
Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin :
- Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan : 
- Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf : 
- Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat 
(cth: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah : 
- Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. 
Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour.

6. Masuud : 
- Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit 
yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim :  
(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
- Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar
berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri
hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga).

8. Walahaan : 
- Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan 
menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus : 
- Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari. 

Dan ada tambahan satu lagi..............

*10. Isetan. { syaitan paling popular dimasa ni }
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi terdapat di sekitar Lembah klang, singapore, Beijing & banyak tempat lg..hehe
 

kredit: tidak diketahui sumber..

Saturday, October 6, 2012

SEGMEN LYSSA FAIZUREEN | Kenapa Aku Berblog ?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


tadi eiqa buka blog, nampak kat bloglist eiqa ada segmen dari lyssa..
sebenarnya dah lama tunggu segmen dari lyssa..
selalu mesti eiqa tak sempat join kalau lyssa buat segmen..huhu..
jom la join sekali.. klik je banner atas ni..

kenapa eiqa berblog?
sebelum ni eiqa tak tahu pon blog nie apa.. bila eiqa nampak kawan eiqa update blog, eiqa rasa macam best.. sebab ia macam ruangan kita sendiri. kita boleh hias sesuka hati dan mencantikkan atau mencomelkan.huhu.. so kawan eiqa pon ajar eiqa.. eiqa suka update perkara yang eiqa suka atau pon syok sendiri.. taip je sesuka hati kat blog..haha.. blog eiqa ni banyak eiqa luahkan pendapat atau perkara yang berlaku disekeliling.. ye la.. kalau eiqa asyik update pasal diri eiqa je, nanti tak de orang nak datang..hehe.. bila buka blog, eiqa suka jalan-jalan ke blog blogger yang lain.. inspirasi eiqa dalam berblogging ni mestilah blogger-blogger yang dah berjaya macam cik epal, fatin liyana, Ben ashaari dan banyak lagi.. walaupon blog dorang simple tapi padat dengan isi.. sebab tu dorang ada peminat sendiri.. eiqa nak jadi macam tu tapi angan-angan mat jenin je.. hehe. 


Tuesday, October 2, 2012

Fenomena Halo pada matahari

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

pic kredit to me.. hehe


 Korang nampak tak kesan halo tengah hari tadi? cantik sangat.. 
gambar atas ni eiqa ambik masa tengah hari tadi.. 2.10.2012
walaupon perkara nie pernah terjadi, ni kali pertama eiqa tengok real.. tu yang batak sikit tu..
  korang tau tak Halo tu apa?

Fenomena Halo
 Halo merupakan fenomena semulajadi yang berupa lingkaran cahaya di sekitar matahari atau bulan yang kadang kala boleh berlaku pada sumber cahaya lain seperti lampu jalan.
Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), terdapat pelbagai jenis Halo secara umumnya muncul disebabkan kristal ais pada awan cirrus sejuk yang berada pada ketinggian lima hingga 10 kilometer di lapisan atas troposfera.
Ia bergantung pada bentuk dan arah kristal ais, cahaya matahari yang dipantul dan dibiaskan oleh permukaan ais berbentuk prisma sehingga sinaran matahari terpecah kepada beberapa warna kerana kesan sebaran udara dan dipantulkan ke arah tertentu, sama seperti kejadian pelangi.

orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati apabila melihat atau merakamkan gambar Halo secara telus tanpa penurus matahari kerana ia memberi kesan yang merbahaya kepada mata.
 
 
gambar nie eiqa ambik di PPUM..

 
 

Sunday, September 30, 2012

Menggedik di Times Square!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
..Assalamualaikum..


semalam eiqa pergi times square.. sebenarnya nak bawa adik eiqa dengan kawan dia..
of coz la yang paling besar dalam gambar tu eiqa.. haha.. yang tengah tu adik eiqa, Ija dan kawan dia, Miza..
Adik eiqa dan kawan dia je yang masuk cosmo world tu.. ala yang permainan tu la..
semalam eiqa pergi, harga tiket Cosmo world,
Dewasa - RM37
Kanak-kanak - RM27
Memandangkan dorang berdua ni baru 12 tahun, so kalau beli 2 tiket kanak-kanak, tak akan dibenarkan masuk.. so terpaksa lah eiqa belikan 1 tiket dewasa dan 1 kanak-kanak.. barulah dibenarkan masuk.. lepas tu dorang masuklah cosmo world tu dengan senang hati..
eiqa pon melepak lah kat luar bersama En Azrie dan Adik lelaki eiqa, Asraf..

gambar nie tak penting ye.. hahaha.. (orang dalam gambar ni agak besar ye)

 

Nie la Hero pengarang jantung eiqa, En Azrie dan satu-satunya Hero (adik) dalam keluarga eiqa, Asraf..
semua gambar dalam ni eiqa tak edit.. malas la nak edit..huhu.. ok..eiqa agak malas ye.. 
Sambil-sambil tunggu Ija dan Miza, eiqa dan hero berdua nie merayau-rayau kat times square ni..
mula-mula g makan, main game lepas tu pergi karaoke.. tempat karaoke (box) tu agak tak memuaskan.. *taknak ckp lebih-lebih nanti kena kejar dengan tauke dia sambil pegang parang*


 

ini lah dua orang hero eiqa.. jangan pedulikan perempuan dalam gambar diatas ye..hehe..


yang paling penting bila pergi times square ni, adalah mee sizzling hot plate kat Food court, Times square..
ok.. tu je nak cakap.. thanks ye sebab sudi baca entri eiqa yang tak seberapa nie..

Friday, September 28, 2012

zyraroxx: follower datang bertubi-tubi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
..Assalamualaikum..


hye korang.. dah lama eiqa tak join segmen kan..
eiqa tertarik dengan banner zyra roxx nie.. comel sangat..
jom join sesama.. klik je banner atas nie ye..

 syarat nya sangat simple..
korang tak payah la nak susah2 dengan syarat yang banyak.. hehe..
bila join segmen ni, berkemungkinan korang boleh menambah follower dan kenalan..
setakat nie, follower eiqa hanya ada 1833..


ok.. siap.. tarikh tutup 30.9.2012..
nak join?? klik sini..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Copyright © 2012 and Designed by Eiqa Azra