Terlepas entri yang lain? Jom baca entri ini..

Sunday, March 11, 2012

Penyakit Tibi (batuk kering)


Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna. 
Penyakit ini disebabkan oleh kuman Tibi (Tubercle Bacilli) yang biasanya menjangkiti paru-paru. 
Ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain badan seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang dan kulit. 




Bagaimana TB merebak
Bakteria TIBI disebarkan melalui udara.
Pesakit TIBI yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta bakteria TIBI yang terawang-awang di udara seketika apabila bersin atau batuk.
Individu yang menyedut udara tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti bakteria TIBI.
Biasanya pesakit TIBI boleh menyebarkan bakteria TIBI kepada individu yang berhubung rapat dengannya.

Tanda-tanda
1. Batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu
2. Kahak yang mungkin mengandungi darah
3. Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
4. Susut berat badan dan hilang selera makan
5. Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
6. Mudah menjadi letih

Cara mengesan TB
Jika anda mengalami batuk yang berterusan atau tanda-tanda yang disebutkan tadi anda hendaklah:

1. Mendapatkan pemeriksaan doktor
2. Melakukan pemeriksaan kahak untuk mengenalpasti bakteria TIBI
3. Menjalani pemeriksaan x-ray dada
penyakit TB
Rawatan TB Dots
DOTS (Directly Observed Treatment-Shortcourse) atau Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus merupakan strategi yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk merawat penyakit Tibi.

Prinsip-prinsip DOTS adalah :

  • Pesakit perlu mengambil ubat selama 6 bulan
  • 2 bulan pertama pesakit diminta menelan setiap dos ubat setiap hari dengan disaksikan oleh anggota kesihatan yang terlatih
  • Pada peringkat sambungan selama 4 bulan pesakit perlu mengambil ubat 2 kali seminggu di bawah penyeliaan seseorang yang dilantik 
Pencegahan
1. Bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan suntikan dos ke-2 sekiranya tiada bekas parut pada umur 12 tahun.
2. Sekiranya batuk yang berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor
3. Hubungi ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang rapat dengan penghidap TIBI untuk sentiasa datang membuat pemeriksaan di klinik atau di hospital kerajaan.


p/s: kepada semua, hargailah kesihatan dan jika ada simptom sesuatu penyakit, terus rujuk kepada Doktor. Mencegah lebih baik daripada merawat.

8 comments:

The Ordinary Lina said...

nice informative entry.. btw jom exchange link!!! >_<

CikTeddyCorner said...

oh takut cik..neway,thnks 4 d info ^,^

Lily RIna said...

entri yg berilmiah :)

Eiqa azra said...

huhu.. eiqa buat entri nie coz ada seseorang yang eiqa sayang, disyaki ada penyakit TB.. :)

Unknown said...

nice share... TB juga boleh di elakkn dgn menjaga sistem imun badan.. jadi jalani kehidupan yg sihat.. supaya sistem imun bdn kita juga sentiasa sihat & bersedia...

Unknown said...

Sy batuk lebih 2 minggu..bila tarik nafas panjang sket je mesti akan batuk...tapi tiada kahak...batuk kering gak je tu?

Eiqa azra said...

xsemestinya.. lebih baik buat pemeriksaan doktor sebagai langkah berjaga-jaga..

Unknown said...

Adik sya bru menigal d sbbkn tb.lmbt mndptkn rawatan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Copyright © 2012 and Designed by Eiqa Azra