Terlepas entri yang lain? Jom baca entri ini..

Thursday, September 20, 2012

Apa itu Lipoma??

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
..Assalamualaikum..

 

korang pernah dengar tak perkataan Lipoma? 
Lipoma bermaksud tumor benigna, yang biasanya terdiri daripada sel-sel lemak yang matang. Tumor ini terbentuk diantara lapisan bawah kulit dan lapisan otot.

Lipoma selalunya terbentuk di leher, bahu, bahagian belakang badan, lengan dan peha.
Ciri-ciri lipoma ialah:
  • lembut bila disentuh
  • mudah digerakkan dengan sentuhan
  • saiznya kecil, selalunya berdiameter kurang daripada 5cm, namun adakalanya boleh membesar mencecah diameter 10cm
  • kebiasaanya tidak sakit, tetapi akan menyebabkan kesakitan sekiranya lipoma itu membesar dan menekan saraf dan salur darah berdekatan atau lipoma itu mengandungi banyak salur darah
Lipoma membesar perlahan-lahan. selalunya disedari hanya selepas beberapa tahun ia terbentuk.
Punca sebenar pembentukan lipoma adalah tidak jelas.
Pesakit kebiasaannya bertemu doktor setelah menyedari kehadiran bonjolan di bahagian badan mereka. Selalunya, dignosis bagi lipoma dibuat berdasarkan pemeriksaan fizikal ke atas bonjolan yang ada.
Sekiranya ada keraguan, barulah sampel biopsi akan diambil.
Lazimnya tiada rawatan perlu diberikan kerana lipoma tidak mendatangkan kemudaratan. Namun, rawatan perlu diberikan sekiranya lipoma membesar sehingga mengganggu pergerakan pesakit, menyebabkan kesakitan ataupun untuk tujuan kosmetik.

Antara rawatan yang diberikan ialah:
  • suntikan steroid untuk mengecutkan lipoma
  • sedutan lemak (liposuction)
  • pembuangan secara pembedahan

Ada juga bonjolan mirip seperti lipoma, tetapi sebenarnya adalah satu bentuk tumor yang dipanggil liposarcoma. Tumor ini membesar dengan pantas, tidak bergerak apabila disentuh dan selalunya menyebabkan kesakitan. Pemeriksaan lanjut seperti biopsi dan imbasan CT perlu dilakukan untuk mengesahkan diagnosis.


5 comments:

Unknown said...

huhu...esok cik siti ada lecture pasal lipoma ni....=)

Eiqa azra said...

@eimah siti owh.. kebetulan la.. hehe

kak tie said...

memang tak pernah dgr la..ngeri juga yer

m said...

info berguna! thanks share:)

Unknown said...

owh lipoma nmenye...pnah tgk kt tgn membe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Copyright © 2012 and Designed by Eiqa Azra