Terlepas entri yang lain? Jom baca entri ini..

Wednesday, January 11, 2012

Keburukan Facebook

 

Melalaikan
Setuju tak kalau eiqa cakap facebook ini melalaikan kita? Masakan tidak, bila sampai saje office, on komputer dan terus terjah facebook. Kadang-kadang takde apa pon, nak kata selalu orang private message, tak juga. Nak kata kite ni glamour di facebook, tak juga. Tapi nak juga terjah walaupon takde apa-apa yang menarik. Hingga kite pon tak tau kenapa kite biarkan saje on facebook tu.

Memaparkan Gambar Yang Mengaibkan
Tau tak gambar yang mengaibkan itu apa? Gambar yang mengaibkan tu seperti gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat, yang pakai baju seksi-seksi, dedah sana dedah sini, ada juga gambar couple yang menjolok mata, berpeluk-peluk walaupon belum nikah, konon nak tunjuk betapa romantiknya dan loving couplenya pasangan tu. Sebenarnya gambar-gambar ni akan mengaibkan diri sendiri selain menambah biakkan saham dosa kite. Yang paling best tu, siap ada member lain tolong tagkan gambar tersebut kepada member yang lain pula.

Menghubungkan Kembali Kekasih Lama
Ini memang bahaya. Cukup bahaya kepada yang dah berumahtangga. Kalau berhubung tapi tidak menimbulkan apa-apa perasaan tak mengapalah, tapi bagaimana kalau berhubung dan menimbulkan kembali perasaaan yang pernah berputik satu tika dulu? Siap mengimbau kenangan-kenangan lama lagi tu, tak ke kes naya tu…sekarang ni pon ramai yang bercerai disebabkan oleh facebook.. sebab ape?? sebab dah hari-hari chat dengan orang lain.. last-last suami dilupakan..

Luahan Di Wall
Ada pasangan bercinta meluahkan perasaan di wall kepada kekasih. Contoh ayat-ayat seperti “Papa, I love u so much!! Miss u like crazy, mama janji mama takkan tinggalkan papa hingga akhir hayat”, dan si kekasih hati pon membalas, “I love u too mama, papa pon macam tu juga”. Wah dah macam filem hindustan pula. Konon-konon nak bagitau pada satu dunia la yang pasangan ni memang setia dan sehati sejawa. Kalau dah bernikah tu tak heranlah juga, ni baru bercouple. Tak perlulah nak luahkan perasaan tu pada umum, orang tau anda sedang dilamun cinta dengan melihat pada ‘Relationship status’ tu. Lagi satu, malu la sikit dengan golongan yang lebih tua bila membacanya. Contoh seperti adek beradek ke, ipar duai ke, makcik pakcik sedara, sepupu sepapat. Kan ke tak manis tu kan. Bukan apa, setiap percintaan tu belum tentu berakhir dengan perkahwinan. Maka kalau anda beriya-iya menulis sayang sayang di wall, tup tup satu hari hubungan ada masalah dan terputus di tengah jalan, bukan ke malu namanya tu.

Kepada pasangan yang telah berkahwen pula, ada dengan slumbernya bercerita masalah rumahtangga di wall. Tak kurang juga meluahkan rasa ketidakpuashatiannya terhadap suami di wall. Alahai, bukan tak boleh berbincang di rumah, private message ke, atau sms ke, atau email ke, tak perlulah nak cerita semua di wall, dan ini akan membuatkan orang lain membacanya. Secara tak langsung orang luar akan tau masalah dalaman dalam rumahtangga.

Kekasih Gelap
Ada juga pasangan yang dah berkahwin mempunyai kekasih gelap di facebook. On facebook semata-mata nak berhubung atau chatting dengan kekasih gelap. Bukan tak tau yang masing-masing telah mempunyai suami atau isteri, tapi tetap juga menjalinkan hubungan dengan alasan sekadar suka-suka.  Dan alasan sekadar suka-suka itulah yang menjadikan hubungan rumahtangga menjadi berantakan. Penyudahnya, anak-anak menjadi mangsa.

Leka Bermain Game
Kalau korang perasan, dah makin banyak game baru dalam facebook yang wujud. Kepada yang memang gile dengan game, bila sekali dah terjebak, memang tak boleh nak tinggal dah. Memang dalam kepala asyik ingat game facebook je, pendek kata log in saje facebook, terus bukak game. Dan game ini boleh melekakan kita.

Virus dan di Hacker!!
huh.. memang nie sebab yang paling utama kenapa kene deactive facebook.. huhu..
kawan-kawan eiqa ramai dah kene.. so apa yang korang kene buat?? fikirkan..

p/s: sekarang nie ramai budak sekolah yang leka dengan facebook.. sampaikan pelajaran diabaikan.. patut ke ibubapa benarkan anak-anak bawah umur terjebak dengan facebook tanpa pantauan.. lepas tu post macam-macam kat wall lebih-lebih lagi bila bergaduh... huh.. macam-macam.. 

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Copyright © 2012 and Designed by Eiqa Azra