WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.
Kerana  Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah  mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang  rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi  merasakan sakit di hatinya...
Setelah  berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk  sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam  kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka  menjadi membosankan.
Kenyataan  hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu  sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi  semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA  lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu  tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI  sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga  berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang  rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.LELAKI  menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang  telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang  air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya,  bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya  pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima  tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha  mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri  tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan  bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?
Suatu  hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana  banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh  sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA:  Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan  kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu  nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu  minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang  korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan  kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu  adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya  dia patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.  Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang  dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua  sudah terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
 


 


4 comments:
Sedinya cerita ni..tapi sy cam pernah bacalah
sedih la..sy berharap pemilik tulang rusuk sy jumpa sy skrg..hehe!
insyaallah.. :)
kdg2 bila bergaduh dan marah...kita xsedar ape yg kita ucapkan....sye bedoa kekasih sye yg sekarang ni..adalah pemilik tulang rusuk yg sye pinjam~amin
Post a Comment