Terlepas entri yang lain? Jom baca entri ini..

Sunday, May 13, 2012

Gila meroyan


Menurut istilah saintifik atau perubatan, gila meroyan dikenali sebagai postpartum pyschosis. 
Ia juga dikaitkan dengan postnatal depression, maternity blues atau puerperal psychosis. 
Apa juga perkataan yang dikaitkan dengannya, dikalangan masyarakat melayu ia lebih dikenali sebagai 
gila meroyan berpunca dari keletihan dan gangguan emosi..
  1. Postpartum Blues - jenis ini sering dialami, ia bersifat ringan dan kebanyakannya pulih sendiri tanpa rawatan
  2. Penyakit kemurungan - kebanyakkannya memerlukan perhatian dan rawatan segera
  3. Psikosis - boleh berlaku jika kemurungan tidak dirawat
 bila terjadi?
Seawal 2 minggu selepas melahirkan anak. Ia boleh menyebabkan wanita paranoid dan berhalusinasi. 
Selain itu, dia akan hilang selera makan dan sukar tidur malam. Sesuatu yang paling ketara ialah dia akan kerap menangis, berasa keseorangan dan malu dengan masalah yang dihadapinya.

Wanita yang berhadapan dengan masalah Gila Meroyang ini sangat berbahaya jika ditinggalkan sendirian tanpa pengawasan. Ini kerana mereka berupaya membunuh anak sendiri kerana merasakan anak itu bukan anaknya. Juga berupaya mencederakan dan membunuh diri.

gejala gila meroyan

Gejala Maternity Blues
  • Mood berubah dan senang terusik, mudah menangis, mudah marah, cemas dan bimbang
  • Gejala memuncak pada minggu pertama selepas bersalin (sekitar hari ke 4 dan ke 5) memandangkan waktu ini wanita telah kembali ke rumahnya dan menyedari beliau kini berhadapan situasi menerima orang baru
  • Gejala ini boleh berterusan selama beberapa hari, namum ia lazimnya pulih sendiri dalam masa 2 minggu tanpa rawatan perubatan
  • Wania ini masih boleh menguruskan dirinya dan bayinya
Gejala Kemurungan
  • Berlaku sekitar 10% - 15% dalam masyarakat
  • Wanita yang pernah mengalami kemurungan termasuk kemurungan postpartum sebelumnya serta kemurungan sewaktu hamil berisiko mengalami kemurungan postpartum.
  • Gejala ini lazimnya muncul tanpa disedari dalam masa 3 bulan selepas bersalin, lebih memberi kesan ketara berbanding maternity blues
  • Mudah menangis, gangguan tidur, letih, tidak bermaya, kurang selera makan, memikir ingin membunuh diri dan sering berfikir untuk mati
  • Kerap cemas dan bimbang serta obses terhadap bayinya. Sebaliknya beliau boleh juga mempunyai fikiran negetif terhadap bayinya sehingga ingin mencederakannya.
Gejala Psikosis (Gila Meroyan)
  • Ini adalah keadaan yang paling serius berbanding maternity blues dan kemurungan
  • Ia jarang berlaku, hanya 1-2 dalam setiap 1000 wanita selepas bersalin
  • Keresahan, gangguan tidur (insomnia), mood kerap bertukar-tukar serta menunjukkan kelakuan yang tidak kena pada tempatnya
  • Mempunyai kepercayaan bahawa bayinya cacat, nazak, syaitan atau sebaliknya. Mendengar bisikan menyuruh mencederakan diri atau membunuh bayinya.
  • Berisiko untuk membunuh diri atau bayi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Copyright © 2012 and Designed by Eiqa Azra