بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
1. Zalituun :
- Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat
jimat cermat.
Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin :
- Pergi kepada orang yang mendapat musibah
supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan :
- Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak
mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu
mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf :
- Berkawan baik dengan kaki botol.
Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat
(cth: disko, kelab malam & tempat yang ada
minuman keras).
5. Murrah :
- Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg
sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah.
Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour.
6. Masuud :
- Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan
fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit
yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim :
(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
- Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi
salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar
berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri
bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri
hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak
didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga).
8. Walahaan :
- Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia
khususnya ketika berwuduk dan solat dan
menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
9. Lakhuus :
- Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah
api/matahari.
Dan ada tambahan satu lagi..............
*10. Isetan. { syaitan paling popular dimasa ni }
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi
terdapat di sekitar Lembah klang, singapore, Beijing & banyak tempat lg..hehe
kredit: tidak diketahui sumber..
2 comments:
banyak2nya anak seten huhuhuhu
setan last tu hamba juga pernah ketemunya =)
Post a Comment