Terlepas entri yang lain? Jom baca entri ini..

Tuesday, October 2, 2012

Fenomena Halo pada matahari

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

pic kredit to me.. hehe


 Korang nampak tak kesan halo tengah hari tadi? cantik sangat.. 
gambar atas ni eiqa ambik masa tengah hari tadi.. 2.10.2012
walaupon perkara nie pernah terjadi, ni kali pertama eiqa tengok real.. tu yang batak sikit tu..
  korang tau tak Halo tu apa?

Fenomena Halo
 Halo merupakan fenomena semulajadi yang berupa lingkaran cahaya di sekitar matahari atau bulan yang kadang kala boleh berlaku pada sumber cahaya lain seperti lampu jalan.
Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), terdapat pelbagai jenis Halo secara umumnya muncul disebabkan kristal ais pada awan cirrus sejuk yang berada pada ketinggian lima hingga 10 kilometer di lapisan atas troposfera.
Ia bergantung pada bentuk dan arah kristal ais, cahaya matahari yang dipantul dan dibiaskan oleh permukaan ais berbentuk prisma sehingga sinaran matahari terpecah kepada beberapa warna kerana kesan sebaran udara dan dipantulkan ke arah tertentu, sama seperti kejadian pelangi.

orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati apabila melihat atau merakamkan gambar Halo secara telus tanpa penurus matahari kerana ia memberi kesan yang merbahaya kepada mata.
 
 
gambar nie eiqa ambik di PPUM..

 
 
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Copyright © 2012 and Designed by Eiqa Azra