Terlepas entri yang lain? Jom baca entri ini..

Thursday, November 22, 2012

Cemburu buta akan menyakitkan kita.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Cemburu?? biasalah tu.. orang kata cemburu tu tanda sayang.. Kalau dari segi perhubungan, memang selalu lah wujud perkataan cemburu. contohnya kalau korang tengok teman lelaki korang cakap dengan perempuan lain, cemburu tak? kalau eiqa, comfirm la cemburu.. haha.. tapi masa tengah cemburu tu, fikir la perkara yang positif macam 'ala..tu kawan je..'. sekurang-kurangnya dapat selamatkan hati kita daripada sakit..~sakit hati~.. kalau boleh jangan layan sifat cemburu tu.. kalau layan, tu yang terjadinya sifat cemburu buta..

Tapi cemburu buta ni dah tahap teruk.. semua emosi bergabung dan meletup!!! marah, sedih, kecewa, geram, malu semuanya ada.. sebab apa cemburu buta? selalunya seseorang tu terlampau sayangkan teman lelaki dan tak nak ia dirampas oleh perempuan lain atau kata lain, orang ketiga.

kalau korang dapat tahu perkara yang menyakitkan hati tentang pasangan korang, cuba berbincang dengan baik dan terang. jangan lah nak ikutkan perasaan. cuba kalau perkara tu tak betul, dan korang bergaduh besar, tak ke rugi? rugi la sebab bergaduh membazirkan air liur, air mata dan kredit hp korang. contohlah korang bergaduh sampai memutuskan hubungan. tapi bila dapat tau perkara yang sebenarnya, tak menyesal ke? atau menyakitkan hati sebab korang bergaduh pasal perkara yang tak betul.. apa yang penting, berbincang..

faedah daripada berbincang, korang mungkin dapat selamatkan 97% hubungan korang dengan teman lelaki, selamatkan hati korang dan dapat jimatkan kos sepanjang pergaduhan.. ala..macam yang kat atas tadi tu la.. jimatkan air liur, air mata, kredit hp korang..

tak salah kalau nak cemburu, tapi berpada-pada.. jangan bagi emosi menguasai diri, kesan nya menyakitkan.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Copyright © 2012 and Designed by Eiqa Azra