Terlepas entri yang lain? Jom baca entri ini..

Saturday, November 3, 2012

Inilah kesan teknologi kepada keluarga..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


nampak tak gambar atas tu? huh.. apa jadi kalau keluarga macam ni??
kawan eiqa, zhafira cerita yang dia pernah nampak satu keluarga ni lunch kat KLCC.. tapi masing-masing pegang gajet.. ayah pegang iphone, mak buka ipad, adik main game, kakak main galaxy note.. cuba korang bayangkan korang kat tempat macam tu? huh...tengah makan tengah hari bersama tapi masing-masing dengan hal sendiri.. mesti tak bercakap.. sangat menakutkan.. 



kalau korang perasan, budak-budak zaman sekarang jarang dah main permainan tradisional macam main guli, main tengteng, zeropoint, layang-layang, gasing, congkak, dan sebagainya.. tapi bukanlah semua budak macam tu.. nie apa yang eiqa nampak di sekeliling eiqa.. dorang hanya duduk, buka tab dan main game. 

macam seseorang yang eiqa kenal, dia pujuk anak dia bila nangis dengan bagi budak tu main tab.. bila sekali budak tu dah suka, sepanjang hari lah budak tu main. masa raya hari tu, budak tu langsung tak bergerak dari tempat dia sebab asyik main game kat tab je.. sampai tak mandi-mandi padahal hari tu hari raya aidilfitri.. mak bapak dia pon memang suka la orang lain tengok anak dia macam tu konon-konon nya moden la tu kan.. huh.. ish..kenapa la kolot sangat pemikiran macam tu kan..

budak macam tu lama-lama dia leka dan bila dah biasa, makan tak nak, mandi tak nak, solat ntah ke mana lah kan.. keadaan macam ni sangat takut la.. takut satu hari nanti, pemikiran budak tu terbantut dan tak tahu dunia luar..

macam dah nak jadi macam orang yang duduk tengah hutan pula.. langsung tak tahu dunia luar dan tak bercampur dengan orang..lebih kurang hidup dalam dunia sendiri la.. cuma yang beza dia duduk dikelilingi gajet yang berteknologi tinggi..

note: tak nak benda ni jadi kat keluarga eiqa dan bakal anak-anak eiqa..hehe
(ceh tak kahwin lagi tapi taip anak-anak)
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Copyright © 2012 and Designed by Eiqa Azra