Terlepas entri yang lain? Jom baca entri ini..

Thursday, January 24, 2013

Lihat diri sendiri sebelum mengata orang lain..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tumblr_mh3174dzn71s3jjoqo1_500_large

hye u olllss. korang sihat? haha..of course la korang sihat kan. bagi yang tak sihat tu, jangan lupa makan ubat walaupun ubat tu tak sadap..huhu. kerana kesihatan perlu diutamakan. betul tak? macam doktor pula cara eiqa bercakap. eh..berbalik kepada tajuk..

korang ada tak terlibat dalam situasi macam ni,

situasi 1:
ada beberapa orang lalu depan korang, orang tu gelap dan berpakaian agak selekeh.

situasi 2:
Seorang perempuan berjalan melintasi korang. perempuan tersebut agak gempal dan berpakaian sendat.

situasi 3:
seorang daripada kawan korang asyik pakai tudung atau baju yang sama 3 hari berturut-turut.

situasi 4:
korang keluar berempat. 3 orang berpakaian cantik ikut fesyen tapi seorang je yang pakai t-shirt.

situasi 5:
 korang ternampak sepasang kekasih. lelaki pendek dan perempuan tinggi.

---------------------------------------------

kalau korang terlibat dengan situasi di atas, apa korang akan buat? mungkin ada yang mengata dan ada yang buat tak endah dengan benda macam ni. betul tak?? kebanyakan orang akan mengata bila terlibat dengan situasi macam ni.. kenapa? kenapa perlu mengata? adakah sebab mengambil berat atau tujuan untuk mempersendakan orang lain?? susah nak jawab  :)

Tumblr_mcsem5nts91rjvv9lo1_500_large

Entri bukan lah nak memburukkan sesiapa.. eiqa pun ada juga terbuat benda ni semua.. tapi bila difikirkan balik, diri sendiri pun banyak lagi kekurangan untuk diperbetulkan. jangan lah asyik nak mengata tentang keburukan orang lain je.. kan benda ni tak elok sebab mengaibkan..

so, bila korang terlibat dalam situasi seperti itu, korang buat endah tak endah je.. kalau korang betul-betul ambil berat tentang orang tersebut, terus cakap kat dia.. tak payah la nak bercakap-cakap kat orang lain.. macam pas-pas pula..huhu.

benda ni pun eiqa ambik sebagai pengajaran untuk diri sendiri.. sebelum nak mengata tentang orang lain, periksa dulu diri sendiri.. sebab perangai manusia semua tak perfect.. ada je kekurangan.. :)

Pic-629-1327514377_large

XOXO,  
eiqaazra♥
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Copyright © 2012 and Designed by Eiqa Azra