Terlepas entri yang lain? Jom baca entri ini..

Sunday, February 26, 2012

Suri, Anak Tom Cruise dan Katie Holmes


BIARLAH mereka tampak selekeh, pemakaian anak harus diutamakan. Mungkin itu yang difikirkan oleh pasangan suami isteri, Tom Cruise dan Katie Holmes apabila sanggup menghabiskan wang sebanyak RM10 juta untuk pakaian anak mereka, Suri.

Pasangan itu mahu anak mereka yang berusia 3 tahun itu sentiasa kelihatan cantik dan mengenakan pakaian daripada pereka-pereka terkenal.

"Katie dan Tom sentiasa berbelanja besar jika melibatkan penampilan Suri. Mereka selalu berjumpa dengan pereka-pereka fesyen terkenal untuk mereka beberapa pakaian khas buat Suri," kata sebuah sumber kepada majalah Britain Closer.

Suri pernah dilihat mengenakan baju daripada jenama Giorgio Armani, Donatella Versace, Roberto Cavalli dan Burberry. Malah, Katy juga meminta pereka kasut terkenal, Christian Louboutin untuk mereka kasut Suri.

Tambah sumber tersebut: "Katie akan membeli beberapa pasang kasut daripada Louboutin agar dapat bertukar kasut mengikut penampilan yang dikenakan Suri.

"Suri juga mempunyai kasut daripada Mary Jane berharga RM650 selain beg jenama Valextra yang bernilai RM12,500."

wah comel nya dia!!
info tentang suri..

1. Dia telah dinamakan sebagai bayi paling berpengaruh di dunia oleh majalah Forbes.

2. Terkenal dengan gaya potongan rambut dan pakaiannya yang berjenama.

3. Mendapat jolokan ikon ‘fashionista’ cilik. Mana taknya, Suri ni selalu sangat pakai pakaian yang terbaik rekaan pereka-pereka terkemuka.

4. Memiliki almari baju yang dipenuhi koleksi pakaian berjenama bernilai 3 juta dolar.

5. Cruise dan isterinya, Katie Holmes telah menempah pakaian hasil rekaan nama-nama besar dalam industri fesyen untuk anak diorang ni.


p/s: eiqa suka tengok budak-budak comel nie..

3 comments:

Unknown said...

suri mmg comel :) ada terbaca gak perangai dia boleh kira agak sombong kalau nk banding ngan shiloh anak jolie-pitt yg mesra tu even mereka sama2 kecil.. hehe.. budak2 katakan..

Hidayu Bolia said...

huhu..mmg mewah giler la si suri nih...:)

Ahlam Miera Shafie said...

masa kecik dh dimanjakn sebegini rupa..bila besar nanti mcam mana la..huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Copyright © 2012 and Designed by Eiqa Azra