Terlepas entri yang lain? Jom baca entri ini..

Thursday, June 21, 2012

Gout

...Assalamualaikum...


Penyakit Gout merupakan gangguan metabolik kerana asid urik (uric acid) tertumpu pada sesetengah bahagian tubuh. Asid urik adalah zat hasil akhir metabolisme protein dalam tubuh, yang kemudiannya dibuang melalui air kencing. bagi pesakit gout, terdapat timbunan atau deposit hablur uric acid di dalam sistem sendi. 

selain pada kulit dan ginjal, sendi merupakan bahagian yang paling mudah dihinggapi hablur-hablur asid urik kerana adanya penambahan kadar asid urik dalam darah. hablur-hablur tersebut akan tersebar ke dalam rongga-rongga sendi sehingga mengakibatkan peradangan akut atau terjadinya Gout.
Jika berlaku dalam masa yang lama, deposit hablur asid urik dalam sendi akan mengakibatkan kerosakan pada sendi secara tetap sehingga menyebabkan kecacatan.


Gout artritis banyak menyerang kaum lelaki, terutamanya yang berumur diatas usia 30 tahun kerana umumnya sudah mempunyai kadar asid urik yang tinggi dalam darahnya. kadar asid urik bagi wanita rendah dan baru meningkat setelah menopous. umumnya, wanita yang belum menopous tidak diserang gout artritis kerana masih memiliki hormon estrogen yang membantu mengeluarkan asid urik dari darah dan dibuang melalui urin.

 Peningkatan kadar asid urik dalam darah disebabkan oleh:
- Pembentukan Zat Protein : peningkatan ini disebabkan oleh pengambilan makanan yang mengandungi protein tinggi. semakin tinggi pengambilan zat protein, semakin meningkat penghasilan asid urik.
- Gangguan atau kelainan pada ginjal : produk buangan termasuk asid urik dan garam-garam anorganik dibuang melalui saluran ginjal dan saluran kencing (dalam bentuk urin). Kegagalan ginjal dalam proses pembuangan asid urik, boleh menyebabkan peningkatan kadar asid urik dalam darah. hal ini boleh menimbulkan komplikasi lain, iaitu pengendapan asid urik dalam ginjal. akhirnya terjadi pembentukan batu karang dari hablur asid urik.

faktor yang lain:
- obesiti (kegemukan)
- mempunyai penyakit diabetes mellitus
- gangguan pada ginjal
- tekanan darah tinggi (hipertensi)
- kurang minum air.
- pengambilan minuman beralkohol
- faktor genetik

Gejala:
- sendi-sendi nampak merah dan bengkak.
- kulit diatasnya terasa panas,
- rasa teramat sakit
- sendi sukar digerakkan
- suhu badan meningkat sehingga demam
- kepala terasa sakit
- nafsu makan berkurang
- jantung berdebar



note: amalkan kehidupan yang sihat. 
Mencegah lebih baik daripada merawat.

6 comments:

Nour Adieb said...

Terseksa tngk paci sy bila gout dtg menyerang.Bisa betul,jalan pun tempang2 sebab bahana gout~

http://nourayuadieb.blogspot.com/2012/06/laban-rata-misi-meredah-ribut-angin.html

Eiqa azra said...

@Cik Adieb tu la.. ayah eiqa pon ada gak gout nie.. huhu.. :)

Unknown said...

Kesian juga bila melihat keadaan individu yg kena gout ni.

Mudah-mudahan kita yang membaca artikel ni dpt jaga pemakanan & kesihatan sebaik mungkin bg mengelak gout.

irsah said...

Salam. BW singgah sat. Menarik gak entri. Satu lagi tambah, gout x kenal usia. My bro dah tahap max, sampai kena cucuk sendiri bila ter-makan seafud. Umo kena gout 28. Badan ok x pramugara, So... sama2 mengingat antara satu sama lain. Artikel relevan. tks dr. irsah.com

Eiqa azra said...

@oktant betul tu.. ;) mesti sakit..

Eiqa azra said...

@irsah muda lagi tu.. :) bahaya la penyakit skarang nie.. jagalah kesihatan ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Copyright © 2012 and Designed by Eiqa Azra