Terlepas entri yang lain? Jom baca entri ini..

Thursday, June 28, 2012

Penjagaan cermin mata..

....Assalamualaikum...

 

Ada sesiapa yang rabun tak?? eiqa wat entri nie sebab eiqa pakai cermin mata juga..
sebenarnya untuk penjagaan cermin mata eiqa.. tapi eiqa nak kongsi juga kat korang semua..
jom baca..

☑  Jangan sesekali mengelap kanta cermin mata anda dengan tisu, kerana ia boleh merosakkan permukaan kanta tersebut. Gunakan kain pengelap lembut yang diberi oleh kedai cermin mata.


☑  Elakkan dari terkena bahan-bahan chemical seperti body spray atau apa saja perfume yang berasaskan bahan tersebut.


☑  Jangan meninggalkan cermin mata anda di dalam kereta yang terdedah di bawah cahaya panas terik matahari. Kerana ia boleh merosakkan lapisan multicoated.


☑  Jangan tanggalkan cermin mata anda dengan satu tangan, Kerana ia akan merosakkan 'alignment' dan lebih teruk lagi ia akan menyebabkan tangkai Bingkai patah.


☑   kalau boleh elakkan memakai cermin mata ketika memasak, kerana bahang panas tersebut boleh merosakkan lapisan anti silau pada kanta tersebut. Jika perlu gunakan cermin mata basahan(yang murah) untuk memasak.


☑   Selalulah membilas cermin mata anda,dan laplah ia sampai kering.


☑ Simpan cermin mata ditempat selamat. Jika boleh simpan di dalam sarung(casing) cermin mata.


credit: sumber

note: eiqa banyak kali lalai jaga cermin mata nie.. banyak kali juga jatuh ke lantai.. (๑◕ܫ◕๑)

3 comments:

Unknown said...

hehe..alin ikut suka je campak spec mata ni..huhu..xpe spec alin kebal..kih3

da join? jom kalau belum
http://alynnnyzaa.blogspot.com/2012/06/segmen-pencarian-bloglist-julai-blog.html

rAIHan said...

thanx for the tips..tp mmg slalu main hempap2 je..haha~

adibahfaizah said...

Rasenyer selalu tak buatyang no 1 tuh. Maen bantai je lap guna ape pun. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Copyright © 2012 and Designed by Eiqa Azra