Bayi ketiga terkecil yang pernah dilahirkan dan hidup selepas lahir hampir empat bulan sebelum tarikh kelahiran yang doktor jangkakan.
Melinda Star Guido lahir dengan berat kira-kira sama seperti dua iPhone di Los Angeles County-USC Medical Centre pada 30 Ogos 2011.
Tarikh jangkaan dia dilahirkan sepatutnya pada 15 Dis 2011. Ibunya, Haydee Ibarra, 22, melahirkannya dengan kaedah Caesarian pada usia kandungan 24 minggu kerana gangguan tekanan darah tinggi yang membahayakan nyawa ibu dan bayi.
Dengan berat hanya 270g (9.5oz) ketika dilahirkan, bayi ini diiktiraf bayi ketiga terkecil yang selamat hingga sekurang-kurangnya pada tempoh jangkaan dia dilahirkan.
Bayi ini sangat kecil sehingga dapat diletakkan di tapak tangan doktor dan telah menghabiskan masa berbulan-bulan dalam salah satu incubator di hospital ini.Hampir setiap hari, ibunya akan menghabiskan masa sepanjang hari duduk di sisi bayi ini, dan kadang kala bermalam.Semasa kehamilan, Miss Ibarra mengalami tekanan darah tinggi, yang boleh membahayakan bagi kedua-dua ibu dan janin.
Ibu muda ini telah dipindahkan dari sebuah hospital berhampiran rumahnya di San Fernando Valley ke hospital utama daerah, yang mana lebih baik dan bersedia untuk menangani kehamilan berisiko tinggi.Terdapat juga masalah dengan plasenta, organ yang menyuburkan janin ketika hamil.
Walaupun dia terselamat, doktor memberitahu Miss Ibarra dan suaminya Yovani Guido,
kanak-kanak yang dilahirkan terlalu awal boleh mempunyai kelewatan perkembangan dan kecacatan seperti buta,
pekak atau cerebral palsy. Terlindung dalam inkubator, Melinda telah disambungkan kepada mesin bantuan pernafasan dan mendapat nutrisi melalui feeding tube.
2 comments:
sangat2 kecik.
woah !!
kecil nya.
Subhanallah.
Post a Comment