Terlepas entri yang lain? Jom baca entri ini..

Saturday, September 15, 2012

Berkawan hanya untuk kebaikan?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
..Assalamualaikum..


Bila bercakap pasal kawan, semua orang ada kawan kan.. siapa yang tak de kawan? kalau takde kawan tu mungkin ada sebab-sebab yang tertentu.. kita selalu dengar kawan tu untuk kebaikan tapi sahabat untuk selamanya.. betul ke? tak semua kawan macam tu.. jangan lah kita senang-senang je cop macam tu..
Kawan atau sahabat nie maksudnya seseorang yang tiada pertalian darah (selain daripada keluarga atau saudara-mara) yang berada disamping kita tak kira susah dan senang. 
kadang-kadang kita susah nak cari kawan yang berada disamping kita bila kita susah.. "kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar ditemui".. memang betul ayat nie.. bila kita dalam keadaan susah dan memerlukan pertolongan, kawan yang sebenar akan beri pertolongan dan sedaya upaya menolong setakat yang mampu. 

eiqa pon mengaku kadang-kadang eiqa nie bukan kawan yang baik. eiqa pon manusia yang tak sempurna. tapi bagi eiqa, eiqa tak pernah gunakan kawan-kawan eiqa untuk kebaikan eiqa sendiri. Tapi sapa lah eiqa nak cakap macam tu.. mungkin eiqa sendiri tak perasan perangai sendiri.. ntah2 eiqa macam tu.. wallahualam.
tapi alhamdulillah, kat kolej eiqa, semua kawan eiqa baik dengan eiqa. dalam berkawan, eiqa kekalkan prinsip macam ni je, "kita berbaik dengan orang, orang akan baik dengan kita"..


Prinsip nie terbukti tau.. korang cubalah.. tapi kalau korang sentiasa baik dengan dia tapi dia still jahat ngan korang, tu maybe ada masalah dalaman lah kot.. huhu.. panjang bebenor eiqa taip, berbalik pada tajuk entri, 'Berkawan hanya untuk kebaikan?' pernah tak korang dengar ayat ni dan pernah tak jumpa kawan yang macam nie? apa? tak tau berkawan untuk kebaikan tu macam mana? itu maksudnya dia berkawan dengan korang, bila dia susah je.. tapi bila dia senang, langsung tak ingatkan korang.. 

faham tak? contohnya si bedah nie tak tegur pon kawan-kawan dia bila dalam kelas. dia syok dengan dunia sendiri dan boipren dia. kawan si bedah ni pernah la tegur bedah tapi masuk telinga kanan keluar kaki kiri. pada suatu hari ni, bedah lupa nak bawa kertas kajang untuk buat nota. bila dah tak bawa mesti la nak pinjam. dia pon pinjam kat si joyah.. sebelum pinjam, jenuhlah bedah nak bodek-bodek joyah.. joyah ingat bedah ni dah ok.. tapi keesokkan harinya bila joyah minta tolong bedah untuk sesuatu perkara, dengan lantang dan bongkaknya bedah cakap dia penat dan tengah sibuk. padahal tengah main henpon.

jenuh eiqa terangkan kat korang.. dah faham? eh cerita di atas nie rekaan je tau. tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. penat eiqa mengarang cerita tau.. berdasarkan perkara diatas, apa pendapat korang? kalau kawan korang macam nie, apa yang korang buat? tapi bagi eiqa, kalau kita baik dengan orang tu sebab nak pinjam barang je, tak eloklah.. macam menganiaya orang lah.. Ustaz eiqa masa sekolah rendah dulu cakap dosa tau.. orang tak suka kawan yang macam nie.. so kalo korang terbuat macam nie, eloklah berubah.. *ceh macam kau tu baik sangat*  eiqa cuma nasihatkan je.. kalau nak ikut, ikut lah.. kalau tak nak, tiada paksaan.. kalau sapa-sapa ada pendapat, pandangan atau nasihat silalah komen ye.. 
terima kasih kerana sudi baca entri eiqa nie..

note: amboi-amboi kau eiqa, buat entri boleh, tapi kalau buat projek kajian untuk 3rd year, terkangkang kangkang ko buat ye.. hehehe.. biasalah..
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Copyright © 2012 and Designed by Eiqa Azra