Terlepas entri yang lain? Jom baca entri ini..

Thursday, September 6, 2012

Berhati-hati semasa menaip entri..

..Assalamualaikum..


Korang tahu tak kegunaan blog? of coz lah untuk post entri..hehe macam-macam kebaikan yang kita dapat daripada berblogging.. kalau dari pengalaman eiqa berblog, eiqa dapat tahu info semasa dengan cepat tanpa baca newspaper, dapat tambah kenalan, sebagai sumber pendapatan, berkongsi cerita, dan banyak lagi lah.. tapi kalau ada kebaikan mesti ada keburukan kan? kalau kita salah guna kan medan blog ni, macam-macam boleh jadi bak kata blogger
Hasrul Hassan "Ada mata yang memerhatikan blogger Malaysia"... klik link untuk baca.. 

apa yang dikatakan oleh blogger Hasrul Hassan tu memang betul. eiqa setuju 100%. 
Blogger kena hati-hati semasa nak post sesuatu entri.. macam nak lahirkan ketidakpuasan hati.. memang kita ada hak untuk bersuara. tapi kalau nak luahkan sesuatu dalam blog, jangan sebut nama seseorang.. contohnya macam ada kes blogger yang tulis entri tentang cikgu..lepas tu, abis semua cikgu dan bakal cikgu marah disebabkan entri tu.. mungkin blogger tu nak luahkan pendapat tetapi cara dia salah.. nampak tak? disebabkan satu entri, habis semua nak naik angin..

Walaupon eiqa baru setahun jagung dalam dunia blog ni, eiqa nak nasihatkan korang, jangan tulis entri berkaitan dengan sensitiviti masyarakat, kumpulan atau seseorang..ambillah perkara nie sebagai iktibar.. ceh wah, baru kenal dunia blog nak nasihatkan orang.. bukan apa.. eiqa tak nak lah masyarakat pandang rendah pada blogger-blogger kat Malaysia ni. 
so, ingat lah orang tersayang tak de kena mengena langsung hehe..


agak panjang jugalah eiqa menaip sambil membebel.. hari ni agak rajin untuk meng'update' blog sebab dapat hirup banyak oksigen. so, otak eiqa pun berjalan lancar seperti sebelum-sebelumnya.. udara agak nyaman malam ni.. alhamdulillah sebab diberikan peluang untuk menghirup udara segar malam. 

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Copyright © 2012 and Designed by Eiqa Azra